RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 20 Julai 2021

Topi Keledar GIVI X.01 Tourer

Keselamatan adalah ciri utama ketika menunggang motosikal. Aspek keselamatan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian utama bagi seorang penunggang, Di antaranya adalah keselamatan kenderaan, penunggang dan jalan raya. Bagi penunggang pakaian keselamatan merangkumi topi keledar, jaket, sarung tangan, kasut, kesihatan diri dan juga pelindungan insuran.

Dari kategori topi keledar (helmet), bukan sahaja jenama, corak grafik dan harga sahaja perlu diambil kira, malah ketahanan, berat dan kesesuaian antara faktor lain dalam memilih topi keledar yang sesuai. Givi X.01 Tourer diperkenalkan oleh pengeluar aksesori menunggang terkenal, GIVI bagi variasi topi keledar modular. Walaupun ianya tidak sebaik helmet fullface tetapi ia sebahagian daripada trend penggunaan sekarang kerana ciri-cirinya tersendiri.

Bentuk aerodinamik memberikan laluan angin yang baik ketika tunggangan dan ianya ringan sehingga anda seolah-olah tidak merasai berat di kepala. Ciri-ciri modular terdapat pada helmet ini adalah bahagian dagunya boleh dibuka dan menjadikan ia seperti helmet biasa. Membuka dan memasangnya kembali amat mudah dengan menanggalkan dua klip kiri dan kanan di bahagian dalaman.

Di samping itu, helmet ini dilengkapi visor anti-calar dan visor gelap sebagai visor ke-2 untuk tunggangan ketika keadaan terik dan silau. Pengaliran udara di bahagian dalam kepala amat baik dan anda tidak merasai sesak nafas setelah menyarungkannya ke kepala. Begitu juga ketika tunggangan tahap kebisingan yang rendah memberi keseronokan tunggangan.

Fabrik dalaman boleh dikeluarkan sekiranya hendak dicuci atau diganti baru. Berat helmet ini dianggarkan tidak melebihi 1,590gm (± 50gm) menjadikannya pilihan yang sesuai untuk perjalanan jauh. GIVI X.01 ditawarkan dari saiz S hingga XL. Ia berharga RM891 dan boleh didapati dalam dua warna menarik iaitu Black Fluo dan Yellow Fluo. RR

Isu Pada

Jun 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.