RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 19 April 2022

TuneBoss Perkenalkan Ciri Keselamatan ATAS untuk Yamaha 135LC Fi

FSR Technology telah memperkenalkan ciri keselamatan baru ATAS (Accidental Throttle Activation Safety) yang disertakan dalam ECU TuneBoss untuk motosikal Yamaha 135LC Fi.

ATAS berfungsi untuk mengelakkan pecutan yang mengejut ketika enjin motosikal dihidupkan terutama bagi jentera clutch automatik. Ada kalanya sesetengah penunggang tidak sedar bahawa motosikal derada dalam gear semasa menghidupkan enjin sambil memulas pendikit.

Sistem ini juga turut menyekat enjin daripada dihidupkan jika suis penghidup ditekan dan pada masa yang sama pendikit dipulas pada 10 peratus atau lebih. Lampu amaran enjin akan menyala sebagai peringatan buat penunggang. Motosikal hanya boleh dihidupkan apabila pendikit di bawah 10 peratus.

ECU TuneBoss juga turut dilengkapi dengan ciri 'Engine Immobilizer' yang boleh dikawal menerusi aplikasi TuneBoss Manager Pro. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna Andriod.

ECU TuneBoss Stage 1 untuk Yamaha 135LC Fi ditawarkan pada harga RM399. Pemilik juga boleh menaik taraf ECU ini kepada Stage 2 yang memberikan julat penalaan lebih terperinci untuk pemetaan bahan api.

Pada masa akan datang, kesemua ECU Tuneboss akan dilengkapi ciri keselamatan ATAS sebagai ciri standard bagi model motosikal yang lain. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.