RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 26 Ogos 2022

Topi Keledar GIVI M35.0 SCUDO Diperkenalkan

Pengeluar aksesori motosikal terkemuka, GIVI Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan rangkaian koleksi topi keledar mereka terbaru iaitu GIVI M35.0 SCUDO. Menurut pihak GIVI, M35.0 SCUDO ini merupakan topi keledar jet pertama di Malaysia yang mematuhi piawaian keselamatan terkini iaitu ECE R22.06.

ECE R22.06 merupakan kod standard piawaian homoglasi yang diiktiraf di Eropah serta turut digunapakai di negara-negara luar seluruh dunia. ECE R22.06 menawarkan peraturan yang lebih ketat berbanding ECE R22-05. Bagi mencapai standard ECE R22.06, terdapat beberapa ujian lasak yang perlu dilakukan seperti penembusan, impak kelajuan tinggi dan rendah serta impak di bahagian sisi dan atas helmet.

Walaupun GIVI M35.0 SCUDO mengikut standard Eropah, topi keledar ini telah dibangunkan berdasarkan saiz kepala penunggang di negara-negara Asia kerana kebanyakkan rekabentuk kepala orang asia jauh lebih bulat berbanding orang barat. Oleh itu, rekabentuk dalaman topi keledar ini ada perbezaan bagi negara-negara asia dan barat.

GIVI M35.0 SCUDO didatangkan dengan rekaan moden itali dan futuristik. Topi keledar ini tampil dengan dua jenis saiz cenkerang iaitu kecil (S, M & L) manakala besar (XL & 2XL).

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada GIVI M35.0 SCUDO ini adalah "Micrometric Quick Release Buckle" yang berada di bawah dagu penunggang untuk memudahkan pengguna memakai dan membukanya. Terdapat dua jenis visor iaitu Visor anti-calar (di bahagian luar) dan Visor Sun (di dalam topi keledar) yang berfungsi melindungi mata daripada keadaan persekitaran.

Topi keledar ini juga hadir dengan dua sistem pengaliran udara (Air Ventilation) di bahagian depan atas dan belakang bagi mengurangkan haba terperangkap di dalam topi keledar ketika menunggang motosikal.

GIVI M35.0 SCUDO ditawarkan pada harga bermula RM365 dengan lapan pilihan warna yang menarik iaitu Solid Ice White, Solid Grey, Graphic Draco Black Red, Graphic Draco Yellow Blue, Graphic Kraken Neon Yellow, Graphic Torch Black Blue, Graphic Ventura Grey Yellow dan Graphic Ventura White Blue. Topi keledar ini akan berada di GIVI Point serta pengedar-pengedar sah GIVI di seluruh Malaysia bermula bulan September 2022. RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.