RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Januari 2023

Helmet GIVI M50.9 Enigma Dilancarkan di Eropah

Jenama GIVI sememangnya sinonim dengan boks motosikal (juga baju hujan di Malaysia) tetapi mereka sebenarnya mempunyai produk yang hampir menyeluruh buat motosikal serta penunggang motosikal, seperti helmet. Kini, helmet GIVI M50.9 Enigma baharu sahaja dilancarkan di Eropah.

GIVI menawarkan rangkaian yang helmet yang amat luas, tetapi apa yang lebih penting ialah pandangan mereka kepada masa hadapan kerana helmet model M35.0 Scudo yang dilancarkan pada Ogos tahun lepas membuktikan bahawa GIVI juga memandang jauh ke masa hadapan kerana model itu telah lulus piawaian ECE R22.06. Model M50.9 ini juga telah lulus piawaian ECE R22.06.

Cengkerang helmet penuh muka ini diperbuat daripada polimer khusus yang digelar Technopolymer, walaupun ia menggunakan grafik corak gentian karbon. Cabaran penggunaan bahan polimer (atau plastic) untuk membuat cengkerang helmet ialah keberatan yang lebih tinggi (apatah lagi cengkerang hendaklah sangat kukuh di bawah piawaian ECE R22.06). Namun, keberatan M50.9 ini berada di sekitar 1.6kg. Sesebuah pembuat boleh membuat helmet yang lebih ringan daripada bahan-bahan seperti gentian kaca, gentian karbon, atau Kevlar tetapi helmet itu terpaksa dijual pada harga kayangan.

GIVI membuat tiga saiz cengkerang untuk model ini agar ia dapat memberikan pemakaian yang lebih tepat, selesa dan selamat.

Seperti biasa untuk helmet GIVI, padding dalamannya merupakan jenis "hypoallergenic" yang mengurangkan risiko alahan kulit, serta boleh ditanggalkan untuk dicuci. Pengikat dagu ialah jenis micrometric (klick) dengan kancing logam. Padding itu juga menggunakan sistem "emergency release" yang mudah ditanggalkan oleh pihak ambulans di dalam kes kecemasan.

Visor utama yang baharu itu (ingat: visor untuk piawaian R22.06 lebih kukuh) mempunyai dua butang untuk dipasangkan lapisan Pinlock Max Vision bagi mencegah kabus pada visor. Terdapat juga "sunvisor" yang terbina di dalam untuk tunggangan ketika cuaca cerah.

Bagi mengalirkan udara, terdapat satu liang di bahagian dagu serta dua liang yang besar di atas helmet.

Helmet GIVI M50.9 Enigma ini dijual pada harga €229 (RM1,075) di Eropah. Walaupun harganya mencecah lebih daripada empat angka, ia masih merupakan helmet muka penuh dengan piawaian ECE R22.06 yang paling murah.

Sumber: GIVI.it

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.