RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 13 Januari 2023

ShiftBoss: Sistem Quickshifter 'Standalone' baru

FSR Technology, perekacipta ECU TuneBoss memperkenalkan produk terbarunya - ShiftBoss, sistem Quickshifter "standalone" untuk motosikal. Quickshifter adalah alat yang membolehkan penukaran gear dengan pantas tanpa perlu menarik tuas klac.

ShiftBoss, sistem Quickshifter "standalone" untuk motosikal.
ShiftBoss, sistem Quickshifter "standalone" untuk motosikal.


ShiftBoss jenis "standalone" ini merupakan evolusi beberapa jenis sistem quickshifter yang telah dikaji dan dibangunkan oleh FSR selama 10 tahun. Setiap versi baru memperbaiki prestasi dan ketahanan produk. R&D bermula dengan versi butang kendalian tangan (hand operated button) pada tahun 2013, diikuti dengan versi "contact switch" yang dibawa ke pasaran pada tahun 2015. ShiftBoss berasaskan sensor tanpa sentuh yang terkini telah dilancarkan pada November 2021. Walau bagaimanapun, semuanya adalah modul tambahan untuk produk utama FSR, iaitu TuneBoss ECU.

En. Farhan Ali.
En. Farhan Ali.


Ketua Pegawai Eksekutif FSR Technology, Farhan Ali menjelaskan, “Disebabkan reka bentuk kit Quickshifter yang lebih universal, pada masa ini kami telah mengenalpasti 20 motosikal daripada beberapa jenama yang boleh dipasang dengan ShiftBoss, termasuk semua model yang boleh memasang ECU kami iaitu Yamaha FZ150i, Y15ZR, Y16, MT15, R15, R25, Honda RS150, CBR150 dan SYM VF3i. Selebihnya ialah Yamaha MT-07, Suzuki Raider R150, GSX-S150 dan R150, SV650, V-Strom 650, KTM RC690, Duke 390, Modenas Pulsar 200. Senarai ini semakin bertambah.”

Modul Nyalaan.
Modul Nyalaan.
Braket Modular.
Braket Modular.


Kit ShiftBoss datang lengkap untuk digunakan dengan empat bahagian utama, 'Modular Mounting Bracket', sensor "contactless", modul kawalan dan satu atau dua modul nyalaan, bergantung kepada jenis motosikal.

“Menggunakan sensor 'contactless', ketahanan produk shifter kami lebih baik kerana sensor ini kalis air sepenuhnya. Ia juga tiada bahagian suis yang boleh haus akibat geseran atau karat. Sensor ini juga jauh lebih mampu milik berbanding sensor jenis "load cell" yang selalu digunakan pada quickshifter lain. Sistem braket pemasangan universal kami yang inovatif membolehkan pemasangan sensor pada kebanyakan reka bentuk 'footrest' tanpa modifikasi." kata Farhan.

Sistem 'Quickshifter' sedang dipasang pada Suzuki V-Strom 650.
Sistem 'Quickshifter' sedang dipasang pada Suzuki V-Strom 650.


ShiftBoss akan berada di pasaran seawal Februari 2023 dengan harga jualan bermula dari RM399 untuk motosikal yang menggunakan satu modul nyalaan, dan RM599 untuk versi dengan dua modul nyalaan. RR

Isu Pada

Mac 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.