RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 29 April 2023

Lima Tip untuk Menjaga Helmet Anda

Kami rasa semua penunggang motosikal sudah tahu bahawa helmet merupakan peralatan menunggang yang terpenting. Oleh itu, kita wajar menjaganya dengan sebaik mungkin. Helmet yang tidak dijaga bukan sahaja kurang cantik bila dipandang tetapi juga boleh memudaratkan keselamatan kita.

Sebaik-baiknya ia dibawa di dalam beg yang disertakan ketika kita membeli helmet itu. Jikalau anda tidak membawa beg tersebut, ikatkan tali keselematan dan bawa seperti beg tangan. Jangan bawa helmet dengan menggenggam span dalaman kerana span itu akan bertukar bentuknya dan tidak lagi mengikut bentuk muka kita lambat-laun nanti.

Kita sering lihat helmet diletakkan di atas cermin pandang belakang motosikal. Kaedah ini bukan sahaja akan merosakkan bentuk span, tetapi lagi penting ialah lapisan EPS. Lapisan EPS ini merupakan busa yang berada di sebalik span. Tugas EPS ini ialah bagi menyerap hentakan jika kepala kita terhentak ketika kemalangan. EPS yang telah rosak tidak dapat melindungi kepala kita. Letaklah helmet di mana-mana bahagian motosikal ataupun ikatkan talinya dan gantung daripada handel atau mana-mana bahagian yang selamat.

Sudah kita pegang helmet seperti sebuah beg tangan, ia tidak bermaksud kita boleh gunakannya sebagai bakul untuk membawa barang! Perbuatan meletakkan barang-barang di dalam helmet akan merosakkan spannya. Ingat, helmet ialah bagi kegunaan kepala kita, bukan untuk tujuan selain itu.

Cuaca masih selalu hujan lebat setiap hari ketika artikel ini ditulis. Penulis ini sering pulang ke rumah dengan span helmet yang basah. Setibanya di rumah, dia akan mengeluarkan semua span di dalam helmet dan sidaikan. Perbuatan ini bukan sahaja mengeringkan span, tetapi juga ruang di antara span dan EPS. Jika span itu berbau hapak, anda boleh mencucinya dengan sabun pencuci baju. Anda boleh sidaikan span-span di tempat yang panas, tetapi bukan di bawah sinaran matahari.

Setiap helmet punyai jalur getah di bawahnya. Kenapa? Kerana ia untuk kita meletakkan helmet itu secara menegak. Jangan letakkan helmet anda secara terbalik kecuali di atas tapak meletak helmet atau di atas sesuatu objek yang lembut.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.