RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Mei 2014

Air Frazer Tex & G-Airfast

Kali ini kita akan diperkenalkan dengan dua produk baru yang pastinya menjadi pilihan semua pencinta motosikal. Keseronokan ketika berada di atas motosikal bukan sahaja disebabkan kehebatan kuasa enjinnya semata-mata tetapi juga bergantung kepada pakaian si penunggang. Ia perlu selesa dan selamat!

G-Airfast
G-Airfast

Untuk itu, Dainese memperkenalkan jaket dan seluar kulit terbaru iaitu Air Frazer Tex-Pelle dibuat menggunakan kulit dan fabrik yang selesa, berkualiti tinggi dan menyenangkan. Jaket Air Frazer dilengkapi dengan pelindung bahu dan siku yang boleh ditanggal pada bila-bila masa. Seluar Air Frazer pula direka untuk kelihatan lebih sporty sambil menawarkan keselesaan optimum dalam semua keadaan.

Air Frazer Tex
Air Frazer Tex

Kedua-dua pakaian ini menggunakan Cordura 750 yang berketahanan tinggi, fabrik telus udara boomerang yang ergonomik, bahan elastik-mikro yang lengkap dengan penala pinggang, zip buku lali dan inner lining yang bebas dari bakteria dan anti-kulat. Fabrik yang digunakan ini juga ringan agar pemiliknya terus kekal selesa sepanjang masa. Jaket Air Frazer dijual pada harga RM1,755 manakala seluar Air Frazer pula berharga RM1,445.

Nikmati tunggangan yang sempurna dengan memakai jaket G-Airfast yang terbukti ergonomik dan ringan. Setiap penunggang motosikal pastinya mencari pakaian motosikal yang selesa dan berkualiti tinggi. Atas sebab inilah jaket Dainese G-Airfast didatangkan dengan pelindung komposit lengkap dengan 3D Bubble Liner dan boleh dimiliki pada harga RM1,590. Kesemua pakaian-pakaian keluaran Dainese ini boleh didapati di D’Store Malaysia, TTDI Plaza, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail. RR

Isu Pada

Mei 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.