RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 17 Ogos 2023

Awas - Visor Helmet Copy-Ori Boleh Bahayakan Kita

Visor merupakan antara komponen helmet yang terpenting buat kerana ia melindungi mata dan muka pengguna. Tetapi ada pihak yang tidak bertanggungjawab yang membuat visor helmet tiruan (atau dalam bahasa kasar “copy-ori”) dan ia boleh membahayakan kita sebagai pengguna. Yang menakutkan ialah terdapat berbagai visor tiruan untuk model-model helmet yang popular di dalam pasaran dan bukan sahaja untuk helmet GIVI.

Visor helmet yang tulen (“ori”) sebenarnya telah diluluskan melalui sesuatu piawaian helmet sebelum ia boleh dipasang pada helmet yang dijual, mahupun sebagai alat ganti. Contohnya, visor untuk helmet GIVI M35.0 Scudo.

Helmet ini serta segala komponennya telah diluluskan di bawah piawaian ECE R22.06 (UN R22.06) yang merupakan piawaian terbaharu. Ia merangkumi banyak ujian rumit yang wajib bagi mendapatkan kelulusan.

  • Ketahan kepada tembusan projektil.

Untuk ujian ini, sebiji bola keluli 6mm ditembak kepada visor pada 290 km/h (80 m/s). Visor itu hendaklah menahan daripada ditembusi bola tersebut.

  • Tidak boleh pecah berkecai

Jika visor pecah, ia tidak boleh pecah berkecai kepada bahagian-bahagian kecil.

  • Ketelusan cahaya

Visor juga diuji samada cahaya daripada lampu isyarat jalan dapat dilihat melalui visor yang gelap, seperti sunvisor.

  • Pembiasan cahaya

Ujian ini melihat pembiaskan (refraction) serta  tahap pemesongan (distortion) cahaya. Visor yang lulus ujian ini memberikan pemandangan yang jelas. Bayangkan kalau anda pakai cermin mata yang memesongkan cahaya – pening kepala!

  • Ketahan kepada unsur-unsur

Akhirnya, visor diuji samada ia tahan calar. Visor yang diwawarkan mempunyai ciri anti-kabus diuji samada ia berkabus.

Ujian-ujian ini bukan sahaja dijalankan untuk visor utama, tetapi juga ke atas sunvisor (visor kecil di dalam) jika helmet itu mempunyai ciri ini!

Visor yang lulus ujian-ujian piawaian ini akan mempunyai suatu cop yang samada dicetak dengan laser atau dibuat sekali di dalam acuan visor.

  • E1 di dalam bulatan: Makmal berkanun di dalam negara manakah yang meluluskan visor ini.
  • 06300599-006603: Dua angka yang pertama iaitu “06” menunjukkan bahawa visor ini telah lulus piawaian ECE R22.06. Nombor selainnya ialah nombor fail model visor ini.

Percayalah, visor tiruan tidak melalui segala ujian-ujian yang dihuraikan di atas dan itulah sebabnya mereka boleh dijual dengan harga yang tidak masuk akal. Ia kerana pembuat visor tiruan tidak perlu membuatkan visor mereka lebih tahan kepada unsur-unsur yang boleh membahayakan pengguna.

Akhir kata, visor yang tulen merupakan ansuran yang terbaik buat kita kerana isu keselamatan tidak boleh dikompromi. Motosikal kita ada alat ganti, tetapi bolehkan kita gantikan mata dan kulit muka kita?

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.