RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 Jun 2014

SHELL Lancar Pelincir Skuter

Sebagai jenama yang terus menabur bakti khususnya kepada penunggang motosikal, Shell telah melancarkan produk terbaru Shell Advance AX 5 4T 15W40 yang dicipta khas untuk enjin skuter empat lejang. Pelincir ini direka menerusi teknologi perlumbaan yang mampu melindungi enjin mesin skuter yang beroperasi di dalam persekitaran bandar yang sering berlakunya kesesakan lalu lintas.

Para VIP dari kiri: Tuan Hj Azman Ismail, J P Requejo, Alex Lim & Troy Chapman melancarkan pelincir skuter terbaru Shell Advance AX 5 4T.
Para VIP dari kiri: Tuan Hj Azman Ismail, J P Requejo, Alex Lim & Troy Chapman melancarkan pelincir skuter terbaru Shell Advance AX 5 4T.

“Keunggulan produk ini ialah aditif antioksidaan yang membantu meninggalkan enapan dalam keadaan terbaik dan untuk jangka masa yang lebih lama. Ini membolehkan para penunggang memacu dengan lebih yakin kerana skuter anda akan sentiasa berada dalam keadaan optimum dan memberikan tindak balas serta merta,” kata En. Troy Chapman, Pengurus Besar Kelompok, Asia Tenggara, Shell Lubricants selepas melancarkan minyak skuter baru itu.

Pelancaran pelincir skuter ini ternyata tepat pada waktunya memandangkan segmen mesin-mesin automatik kini semakin diminati kerana ia pantas, praktikal, jimat dan selamat. Pelincir baru ini didatangkan dalam pek 800 ml berharga RM21.50 di Semenanjung Malaysia dan RM22.00 di Sabah dan Sarawak.

Ms Joanna Lean (tengah) bersama para pelumba Asia Talent Cup
Ms Joanna Lean (tengah) bersama para pelumba Asia Talent Cup

Turut memeriahkan lagi majlis pada hari itu ialah pelancaran kempen mencari bakat pelumba negara untuk menyertai cabaran Shell Advance Asia Talent Cup (SAATC) untuk musim 2015. Dalam perlumbaan sulungnya tahun ini, seramai 22 orang pelumba telah dipilih dan tujuh daripada mereka adalah anak Malaysia. Para peserta ini telah dipilih oleh bekas pelumba lagenda Alberto Puig untuk bersaing dalam lapan perlumbaan di enam pusingan iaitu di Qatar, Indonesia, China, Jepun dan Malaysia.

“SAATC ini adalah peluang sekali seumur hidup untuk berlatih dan berlumba di peringkat yang sangat kompetitif. Kami berharap mencungkil lebih ramai bakat Malaysia pada suatu hari nanti untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi,” kata Pengarah Urusan Shell Trading Sdn Bhd, Tuan Haji Azman Ismail.

Untuk mempromosikan SAATC ini, Shell telah menganjurkan peraduan melalui SMS yang berlangsung dari 1 Mei hingga 1 Ogos ini. Peraduan ini terbuka kepada semua pembeli minyak enjin Shell Advance 4T yang menawarkan hadiah-hadiah hebat seperti motosikal replika SAATC dan pengalaman VIP di perlumbaan MotoGP Malaysia 2014 untuk tiga pemenang utama. Terdapat juga 500 pakej perlumbaan yang mengandungi jaket eksklusif SAATC dan pek minyak Shell Advance Ultra 4T untuk dimenangi. Sila layari: www.shell.com.my/advance-ride-on. RR



 

Isu Pada

Jun 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.