RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 5 Januari 2024

Gracshaw Tampilkan Barisan Topi Keledar Edisi DC Superheroes

Pengeluar topi keledar tempatan, Gracshaw Malaysia secara rasminya telah memperkenalkan barisan topi keledar Gennex edisi DC. Hasil kerjasama ini telah menampilkan enam rekaan topi keledar yang istimewa berdasarkan watak Super Heroes dalam filem DC iaitu Batman, Superman, Wonder Women, Aquaman, The Flash dan The Joker.

Dari kiri: En. Ooi Chik Thean & En. Farizan Md Akir melancarkan topi keledar edisi DC.
Dari kiri: En. Ooi Chik Thean & En. Farizan Md Akir melancarkan topi keledar edisi DC.

Setiap rekabentuk topi keledar bukan sahaja diilhamkan tetapi mempunyai personaliti di setiap wataknknya. Topi keledar Batman sebagai bukti mistik The Dark Night dengan warna yang anggun dan gelap. The Joker pula menampilkan daya tarikan Clown Prince Of Crime dengan senyuman karekternya.

Batman
Batman

Superman menawarkan kekuatan dan kegagahan The Man Of Steel menerusi rekacoraknya yang mantap. Rekaan Wonder Women pula mengambarkan kuasa dan keanggunan pahlawan Amazon dengan warna yang bertenaga seperti seorang pejuang. Topi keledar Aquaman pula membawa aura agung raja Atlantis. Manakala rekacorak The Flash diilhamkan daripada pancaran kilat.

The Joker
The Joker

Topi keledar jenis Gennex edisi DC ini bukan sahaja estetika semata-mata tetapi tetap mengutamakan kualiti dan perlindungan serta lengkap dengan pensijilan SIRIM untuk kegunaan di atas jalan raya. Topi keledar ini juga dibangunkan dengan penuh perhatian dari aspek keselesaan dan keselamatan penunggang. Ianya juga menampilkan mekanisma penguncian cincin D berganda, sistem pengudaraan berganda dan pelapik dalamanyang boleh ditanggalkan. Selain itu, rekabentuk aerodinamik menyerlahkan lagi daya tarikan yang anggun dan moden.

Aquaman
Aquaman

Menurut pihak Gracshaw Malaysia topi keledar edisi DC ini hanya dihasilkan sebanyak 1,500 unit untuk rekacorak Superman, Batman The Flash dan The Joker. Manakala untuk rekaan Aquaman dan Wonder Women hanya terdapat 500 unit sahaja.

The Flash
The Flash

Topi keledar edisi DC ditawarkan pada harga RM460 yang bermula dari saiz M hingga XXXL. Setiap pembelian turut menerima beg pembawa eksklusif, sijil ketulenan dan pelekat khas DC. Kesemua varian topi keledar edisi DC hanya tersedia di 30 pengedar terpilih seluruh Malaysia. RR

Superman
Superman

Wonder Women
Wonder Women

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.