RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 3 Disember 2025

GIVI Malaysia Perkenalkan Tiga Monorack Baharu untuk MODENAS Z15GT

GIVI Malaysia baru-baru ini telah membuat pengumuman rasmi di laman Facebook mereka dengan memperkenalkan tiga pilihan sistem racking baharu untuk Modenas Z15GT. Pengumuman ini menekankan peningkatan dari segi gaya dan fungsi, sekali gus menawarkan pemilik Z15GT lebih banyak pilihan aksesori untuk menambah ruang tanpa perlu mengorbankan identiti sporty Z-series.

Terdapat tiga jenis rack yang ditawarkan oleh pihak GIVI iaitu Monorack, Monorack fold dan ZR Rack. Lebih menarik lagi, ketiga-tiga rack menampilkan kelebihan yang tersendiri supaya sesuai untuk pelbagai jenis penunggang.

Monorack merupakan pilihan yang paling ringkas, mudah dan praktikal. Rekaannya minimalis tetapi menawarkan ruang untuk pemasangan kotak barangan di belakang. Harga yang ditawarkan RM58.00.

Untuk Monorack Fold pula menawarkan ciri boleh laras dan lipat supaya dapat disesuaikan mengikut situasi. Rekabentuk rack ini sesuai untuk penunggang yang inginkan kebebasan mengubah konfigurasi rak mengikut muatan harian. Harga yang ditawarkan RM140.00.

Sementara itu, bagi penunggang tegar yang mahukan rupa paling sporty dan kukuh, ZR Rack tampil dengan rekaan lebih agresif, tahan lasak dan solid. Harga yang ditawarkan RM236.00.

Bagi sesetengah penunggang, penggunaan kotak barangan belakang bukan sahaja menambah ruang simpanan tetapi juga meningkatkan keselesaan dan kemudahan semasa menunggang. Dengan pilihan racking baharu ini, pemilik Modenas Z15GT kini boleh menyesuaikan motosikal mereka mengikut keperluan harian.

Menurut pihak GIVI, tahap pengagihan aksesori ini mungkin berbeza mengikut lokasi. Oleh itu, pemilik Modenas Z15GT disarankan untuk menghubungi pengedar berhampiran atau melawat GIVI Point bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan produk atau boleh beli secara online di https://point.givi.com.my/ RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.