RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 7 Februari 2026

Jaket Riding LS2 X-Terrain Dilancarkan - RM599

Jenama kelangkapan menunggang, LS2 Malaysia dengan rasminya telah melancarkan jaket riding iaitu LS2 X-Terrain. jaket ini menggabungkan tahap keselamatan bertaraf antarabangsa, keselesaan tinggi serta reka bentuk praktikal yang sesuai untuk kegunaan harian mahupun pengembaraan jarak jauh. LS2 X-Terrain ditawarkan pada harga RM599.

LS2 X-TERRAIN tampil sebagai jaket pelindung dengan pensijilan CE Kelas A, memberikan keyakinan kepada penunggang bahawa tahap perlindungan yang ditawarkan memenuhi piawaian keselamatan global. Reka bentuknya yang versatil membolehkan ia dipakai sama ada sebagai lapisan dalam (inner layer) atau lapisan luar (outer layer), menjadikannya pilihan fleksibel untuk pelbagai gaya tunggangan dan keadaan cuaca. bukan hanya untuk lelaki, jaket ini juga turut tersedia bagi penunggang wanita.



Jaket ini menggunakan fabrik nilon regang yang memberikan fleksibiliti serta padanan kemas pada badan penunggang. Ia turut didatangkan dengan mesh regang diperkukuh bagi meningkatkan ketahanan jaket sambil mengekalkan aliran udara optimum – satu ciri penting untuk tunggangan dalam cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia.

Bagi aspek ketahanan, LS2 mengaplikasikan fabrik zirah DURVEX, iaitu bahan berketahanan tinggi yang menawarkan rintangan geseran yang unggul. Perlindungan impak pula dipertingkatkan dengan penggunaan ACF Memory Foam pada bahagian dada, rusuk dan belakang. Selain berfungsi sebagai perlindungan tambahan, bahan ini turut memberikan kemasan premium yang meningkatkan kualiti keseluruhan jaket.

LS2 X-TERRAIN hadir dengan beberapa ciri yang memudahkan penunggang. Pelarasan pinggang direka dengan lebar yang dipertingkatkan untuk padanan lebih tepat serta keselesaan penunggang. Jaket ini juga dilengkapi poket hadapan bersaiz praktikal yang membolehkan penunggang menyimpan kad kredit atau barangan keperluan kecil. Logo reflektif pada bahagian dada, lengan dan belakang disertakan untuk keselamatan ketika menunggang pada waktu malam.

jaket ini turut dilengkapi gelung seluar di bahagian belakang yang membolehkan jaket disambungkan kepada seluar jeans. Ciri ini membantu mengelakkan jaket terangkat ketika menunggang, sekaligus memastikan bahagian belakang penunggang sentiasa terlindung. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.