RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 17 Mac 2026

Mforce Oil 4T 15W-50 SN MA2 Dilancar Semula Dengan Teknologi PETRONAS

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan semula Mforce Oil yang dikuasakan oleh PETRONAS sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Media 2026 di Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce Kuala Lumpur, Segambut.

Minyak tersebut adalah Mforce Oil Sintetik Penuh 4T 15W-50 SN MA2 yang merupakan minyak enjin motosikal premium yang dirumus untuk memberikan prestasi enjin optimum, perlindungan maksimum serta tunggangan lebih lancar dan stabil.

Dibangunkan dengan teknologi pelinciran PETRONAS, minyak enjin ini dapat membantu mengurangkan geseran, meningkatkan respons pecutan, melindungi komponen enjin daripada kehausan dan tahan haba. Ia juga sesuai untuk motosikal yang menggunakan sistem klac basah bagi memastikan penukaran gear lebih lancar.

Mforce Oil ditawarkan pada harga asas RM56.00 di Semenanjung Malaysia manakala RM58.00 di Sabah & Sarawak untuk botol 1 liter.

Dengan tagline “Unlimited Performance”, pelancaran semula ini menandakan komitmen Mforce dalam menawarkan produk penyelenggaraan motosikal yang berkualiti dan berprestasi tinggi kepada komuniti penunggang motosikal.

Kerjasama di antara kedua-dua pihak ini membuatkan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. terus melangkah ke hadapan dalam menawarkan produk yang bukan sahaja berkualiti, malah mampu meningkatkan pengalaman tunggangan pengguna motosikal. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.