RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 10 April 2026

MCP01 Cargo Plate Percuma Buat 30 Rider P-Hailing!

Bagi menghargai jasa penunggang penghantaran yang menjadi tulang belakang industri logistik harian, Malaysia tampil dengan satu inisiatif khas melalui Program Penghargaan Rider P-Hailing.

Melalui program ini, sebanyak 30 rider P-Hailing terpilih berpeluang menerima MCP01 Cargo Plate terbaharu keluaran GIVI secara PERCUMA. Inisiatif ini terbuka kepada semua rider yang terlibat dalam penghantaran makanan mahupun barangan, sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen mereka di jalan raya setiap hari. 

Cargo plate MCP01 direka khas untuk menyokong penggunaan beg penghantaran bersaiz besar, sekali gus membantu meningkatkan kestabilan serta kemudahan ketika membawa muatan sepanjang perjalanan.

Cara Penyertaan mudah sahaja, rider P-Haiking yang berminat hanya perlu mengisi maklumat lengkap melalui link ini https://forms.gle/2hNoMp5y1Pa2q78y6⁠

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16hb April 2026 (Khamis).

Antara syarat utama yang perlu dipenuhi adalah:

  1. Menggunakan racking GIVI jenis Monolock bersama plate pada motosikal.
  2. Beg penghantaran (delivery bag) bersaiz 62L atau 72L.
  3. Rider yang disenarai pendek perlu hadir ke GIVI Point Kuala Lumpur pada Sabtu, 18hb April 2026 untuk sesi serahan serta pemasangan cargo plate.

Pihak GIVI akan menghubungi rider yang berjaya disenarai pendek untuk maklumat lanjut.

Program ini bukan sahaja memberi peluang kepada rider untuk menaik taraf peralatan motosikal mereka, malah menjadi simbol penghargaan kepada komuniti P-Hailing yang memainkan peranan penting dalam ekosistem penghantaran masa kini.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.