RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Produk / 13 Mei 2026

PETRONAS Sprinta Lancar Scooter Extreme +Ester 5W-40

Sempena acara International Scooterian Mega Gathering 4.0 yang berlangsung di Dataran Shahbandar, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melancarkan produk terbaharu dalam rangkaian penjagaan motosikal mereka iaitu PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40.

Minyak enjin sintetik penuh premium ini dibangunkan khas untuk penunggang skuter yang mahukan prestasi enjin lebih lancar serta perlindungan lebih baik ketika menunggang, terutama dalam keadaan jalan sesak dan cuaca panas..

PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 hadir dengan gabungan Teknologi UltraFlex™ bersama formulasi +Ester yang direka untuk membantu enjin bekerja dengan lebih lancar dan tahan lebih lama.

Antara kelebihan utamaminyak pelincir ini ialah penggunaan Teknologi +Ester yang mampu menghasilkan lapisan perlindungan magnetik untuk mengurangkan geseran pada komponen enjin. Teknologi tersebut secara tidak langsung membantu memberikan pecutan lebih responsif selain melindungi enjin daripada masalah kehausan akibat penggunaan berterusan.

Selain itu, gred kelikatan 5W-40 yang digunakan membolehkan aliran minyak lebih pantas ketika enjin dihidupkan dalam keadaan sejuk serta mengekalkan kecekapan pelinciran walaupun pada suhu operasi yang tinggi.

Teknologi UltraFlex™ pula membantu mengurangkan pembentukan kotoran dan memastikan minyak enjin tidak cepat pekat supaya untuk membantu mengekalkan prestasi enjin terutama bagi skuter yang kerap digunakan dalam trafik bandar.

PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 memenuhi piawaian industri global dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis skuter termasuk skuter harian serta skuter maksi berprestasi tinggi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

DJI Osmo 360 II Dilancarkan - Tawar Rakaman 360 Bersama 8K/60FPS

LS2 Perkenalkan Barisan Produk Baharu, Bakal Masuk Pasaran Malaysia Bermula September 2026

ARC Helmet Pertontonkan Topi Keledar XRS Star Wars Special Edition

Helmet Alpinestars Supertech R10 Dilancarkan. Harga bermula dari RM3,999

Continental SportAttack 5: Tayar Supersport Baharu

GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu

GIVI XSPACE Dilancarkan - Bermula RM1,600

Continental Tires bakal rancakkan pasaran tayar motosikal negara

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.