RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Jun 2016

Malaysia International Classic Bike Festival 2016 Ke-18

Tahun ini, bandaraya Ipoh telah menjadi tuan rumah kepada perhimpunan The Malaysian International Classic Bike Festival (MICBF) yang ke-18. Acara ini telah dilangsungkan pada 6, 7 & 8 Mei, 2016 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh. Ianya telah bermula pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat dan berterusan sehingga 12 tengahari pada hari Ahad.

Pemilik-pemilik motosikal klasik dari seluruh negara, juga negara jiran Thailand dan Singapura, telah berkumpul di Dataran MBI itu bersama-sama dengan jentera-jentera mereka. Terdapat lebih daripada 100 buah motosikal klasik yang dipamerkan sepanjang acara itu berlangsung.

Pengunjung ke pesta ini dapat menjamu mata dengan motosikal-motosikal dari zaman kegemilangan industri motosikal Great Britain, iaitu dari tahun 1940-an hingga ke awal 70-an, seperti AJS, BSA, Matchless, Triumph, Norton dan Royal Enfield. Selain daripada jenama-jenama tersebut, terdapat juga motosikal era 70-an dari Jepun, sebuah BMW boxer klasik dan sebuah Harley-Davidson dari tahun 1926!

Selain daripada motosikal klasik yang dipamerkan, terdapat juga gerai-gerai yang menjual alat-alat ganti, aksesori dan pakaian. Disamping memeriahkan suasana, terdapat makanan dan minuman yang dijual daripada food trucks.

Acara MICBF ini memberi peluang kepada pemilik-pemilik motosikal klasik untuk bertemu, bertukar pendapat dan ilmu tentang jentera-jentera lama yang masih dipelihara dengan baik walaupun secara amnya, hampir kesemua syarikat-syarikat yang mengeluarkan motosikal-motosikal ini sudah tiada lagi.

Semestinya, perjumpaan ini penting supaya mereka dapat mengembangkan rangkaian dan pengetahuan kerana penyelenggaraan motosikal klasik ini tentunya bukan hanya semudah menghantar kenderaan ke bengkel untuk dibaiki setiap kali ada sesuatu yang tidak kena pada motosikal itu. Bagi sesiapa yang mempunyai minat, atau hobi seperti ini, mereka sedar bahawa rangkaian pemilik adalah sumber yang paling boleh diharap untuk memastikan motosikal klasik mereka masih boleh berfungsi dalam keadaan baik.

Tentunya pada tahun-tahun hadapan, sekiranya lebih promosi dilakukan untuk menarik ramai pengunjung ke MICBF, acara ini akan menjadi hebat dan meriah. Dengan itu akan menambahkan lagi pemilik-pemilik motosikal klasik dan jenama-jenama lama ini akan terus hidup di dalam ingatan dan juga di mata awam. RR

Oleh: Dr Yusseri

Isu Pada

Jun 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.