RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 Oktober 2020

Yamaha Motor Europe hasilkan replika 'Piro', Penghormatan Buat Bekas Pelumba Yamaha, Fabrizio Pirovano.

Bersempena dengan perlumbaan akhir FIM Superbike Championship yang diadakan di Litar Estoril, Portugal baru-baru ini, Yamaha Motor Europe telah menampilkan sebuah jentera replika 'Piro' yang direka khas untuk memberi penghormatan buat bekas pelumba Yamaha, Fabrizio Pirovano yang telah meraih kemenangan di litar yang sama 27 tahun yang lalu.

Replika Piro ini direka menggunakan jentera Yamaha YZF R1 2020 yang menampilkan warna terkenal milik Pirovano iaitu Putih dan Merah Jambu. Skima warna ini juga telah digunakan ketika Pirovano mencipta kemenangan penuh bermakna buat Yamaha pada tahun 1993 yang lalu.

Bekas juara Grand Prix World Champion, bekas pelumba WorldSBK dan juga sahabat baik Pirovano, Alessandro Gramigni telah diberi peluang untuk menunggang jentera R1 'Piro' di Parade Lap yang diadakan sebelum perlumbaan. Selepas itu, jentera ini kemudianya dilelong dalam talian dan hasilnya diagihkan ke badan penyelidikan kanser, Fondazione Oncologia Niguarda Onlus yang menerima sokongan keluarga Pirovano sejak beliau meninggal dunia.

Fabrizio Pirovano berasal dari Lombardy, Itali dan merupakan antara pelumba yang sering mencipta kemenangan pada awal perlumbaan WorldSBK lalu. Beliau telah menjadi Naib Juara dalam kelas perdana pada tahun 1988 bersama Yamaha.

Dua tahun kemudian, pelumba Itali itu sekali lagi bergelar Naib Juara dengan lima kali kemenangan atas namanya. Ini termasuklah dua kemenangan yang diraihnya ketika perlumbaan dijalankan di Monza. Pirovano melakukannya lagi di litar yang sama dua tahun kemudian sehingga diberi gelaran 'King of Monza'. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.