RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2016

Konvoi Hari Sarawak 2016!

Dayak Big Bikers Club (DBBC) telah berjaya menganjurkan 'Sarawak Day Convoy 2016' sempena dengan sambutan hari kemerdekaan Sarawak buat julung kali berkuatkuasa dari tahun 2016. Hujan lebat bukanlah menjadi batu penghalang buat para peserta yang datang beramai-ramai menyambut hari istimewa dalam sejarah Bumi Kenyalang ini. Ini merupakan tahun pertama perayaan kemerdekaan Sarawak disambut dengan rasminya.

Seramai 150 peserta terdiri daripada anak Sarawak pelbagai kaum dan agama bersama 52 buah kereta pelbagai jenis dan 30 buah motosikal berkuasa tinggi telah mengharungi hujan dan ribut.

Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Ibu Pertiwiku, ucapan aluan Presiden Kelab dan taklimat keselamatan jalan raya telah bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 11.00 pagi. Konvoi bersejarah ini meliputi jarak perjalanan sejauh 29 kilometer dengan penuh semangat patriotik dan setia kawan.

Perjalanan bermula di luar perkarangan parkir SMK Bandar menuju ke pusat bandar melalui kawasan orang ramai, kampung, bangunan rumah sembahyang, bangunan pentadbiran kerajaan, mahkamah, pantai rekreasi, hospital, pusat membeli-belah dan berakhir di tempat permulaan semula. Walaupun kesemua basah ditimpa hujan, para peserta tetap gembira dan berbangga.

Konvoi dipimpin sendiri oleh ahli DBBC yang bertauliah sebagai 'Road Marshall' secara sukarela. Dexter Anyang sebagai Road Marshall, Frankie Rentap sebagai Road Captain dan Jackson Anong sebagai Assistant Road Captain yang juga dibantu oleh beberapa ahli kelab DBBC.

Buat pertama kalinya juga, bendera rasmi kelab DBBC dibawa bersama. Roggess Anak Maja sebagai seorang ahli kelab yang sudah berumur telah mencetuskan inspirasi dan memberi motivasi kepada anak muda generasi baru agar meneruskan keamanan dan kemakmuran sejak kemerdekaan Sarawak dikecapi pada 22 Julai 1963 yang lalu. Konvoi kali ini juga lebih berseri dengan adanya Acheng, satu-satunya Lady Biker yang tetap bersemangat waja meneruskan perjalanan walaupun di dalam hujan.

Kelab-kelab yang turut menyokong adalah seperti Campero, Bintulu Proton Owner Club, Yamaha Bintulu Squardon, Plan B Garage, Front Wheel Drive Community, ProXevo, Proton Community, Geng Spedamotor Bintulu, Sarawak2roopers, Proton Club Malaysia, Stance Crew, Bintulu No. 7 Club, Borneo Dayak Group, Bintulu Bikes Club, Ant Army Motor Group, Satria Society, R25 MBRC, Chaos Custom dan sebagainya.

Dayak Big Bikers Club (Bintulu) merupakan kelab motosikal berkuasa tinggi yang ditubuhkan pada 14 September 2013 oleh sekumpulan lapan anak Dayak di Bintulu terdiri daripada Edward Incham, Dexter Anyang, Gibson Tommy, Kenny Ramirez, Philip Jenos, Frederick Entaban, Souven Jawa dan David Sapit. Namun, hanya pada 16 Mac 2016 ianya telah sah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau Registrar Of Society (R.O.S).

Tujuan kelab ini adalah untuk mengadakan aktiviti rekreasi dan berkongsi minat dalam dunia permotoran motosikal. Penggunaan perkataan "Dayak" pada kelab sering menimbulkan salah faham kepada masyarakat awam. Namun, DBBC sememangnya terdiri daripada anak jati berketurunan dan perkahwinan campur kaum di Sarawak serta menolak ideologi anti-perkauman/agama dan tiada kaitan politik atau mana-mana NGO.

Walaupun berpusat di Bintulu, kelab ini juga mempunyai ahli yang aktif bergiat di Kuching, Suai dan Miri. Kelab ini berhasrat akan dapat mengembangkan ke kawasan lain di seluruh Sarawak dalam masa yang terdekat. RR

Oleh: Rogges

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.