RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2016

Menunggang Bergilir-gilir Dengan Benelli TNT600S

Tahniah diucapkan buat En. Shaiful Azlan Ibrahim dan En. Muhammad Napi Mat Nawi di atas kejayaan menempa nama dalam The Malaysia Book of Records selepas menamatkan satu perjalanan bermotosikal sejauh 5,852 kilometer tanpa henti di Semenanjung Malaysia dalam empat hari. Lebih menarik lagi, pengembaraan penuh bermakna ini dilakukan secara bergilir-gilir di antara dua sahabat ini yang kedua-duanya berumur 36 tahun.

Konvoi bersejarah tiba di Putrajaya pada malam ambang merdeka.
Konvoi bersejarah tiba di Putrajaya pada malam ambang merdeka.

Untuk merancakkan lagi usaha murni dua penunggang tegar ini, Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd selaku penaja utama telah menyumbangkan dua buah jentera Benelli TNT600S manakala Givi Asia pula menyediakan peralatan untuk menunggang. Pelincir terkenal, Total Oil telah menawarkan minyak enjin agar perjalanan lebih lancar dan selamat.

“Objektif utama program ini diadakan ialah untuk melakukan sesuatu yang bermakna sempena sambutan kemerdekaan, mencipta nama dalam The Malaysia Book of Records dan pada masa yang sama ingin menarik minat golongan belia ke arah dunia permotoran yang lebih positif,” kata Shaiful yang juga merupakan Pengerusi Kelab Belia Dinamik Putrajaya.

Bermula di Putrajaya pada 27 Ogos lalu, Shaiful sebagai penunggang pertama memulakan perjalanan bersejarah mereka dengan menunggang Benelli TNT 600S. Untuk melancarkan perjalanan, penunggang turut ditemani oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa jurugambar, krew dan sebuah lagi Benelli TNT600S sebagai jentera simpanan.

Apa yang menariknya ialah perjalanan dibahagikan kepada dua agar jarak 5,000 kilometer itu (sasaran dan syarat untuk mencipta rekod) dapat dilaksanakan. Pengembaraan lasak ini menggunakan dua laluan berbeza iaitu laluan tepian pantai (Perjalanan Bahagian 1) dan jalan-jalan persekutuan ke setiap ibu negeri dalam Perjalanan Bahagian 2.

Dari kiri, Napi dan Shaiful cukup berbangga dapat menyertai perarakan Kemerdekaan.
Dari kiri, Napi dan Shaiful cukup berbangga dapat menyertai perarakan Kemerdekaan.

Perjalanan Bahagian 1 menuju ke arah selatan iaitu dari Putrajaya - Port Dickson – Klebang – Mersing - Rompin dan seterusnya ke pantai timur. “Kami akan bertukar lebih kurang di setiap 250 atau 300 kilometer dan hanya berhenti untuk makan, ke tandas dan solat sahaja. Sememangnya menunggang di waktu malam paling mencabar kerana bukan sahaja keadaan jalan dan persekitaran yang gelap tetapi mengantuk. Waktu tu kami akan berinteraksi dengan rakan-rakan di belakang (dalam kenderaan 4W), komen Shaiful.

Para penunggang juga perlu memaklumkan kepada pihak The Malaysia Book of Records tentang lokasi mereka pada setiap kali mereka berhenti. Dari Rompin (28 Ogos), para penunggang meneruskan perjalanan ke Terengganu dan semestinya perjalanan di tepian laut sangat cantik dan menyegarkan.

Gajah liar sering dapat dilihat ketika berada di jalan Grik ke Jeli dan di Banjaran Titiwangsa.
Gajah liar sering dapat dilihat ketika berada di jalan Grik ke Jeli dan di Banjaran Titiwangsa.


Dalam perjalanan ke Gua Musang, konvoi terpaksa melalui Banjaran Titiwangsa di waktu malam. Menurut Shaiful, ia adalah antara pengalaman yang cukup menarik dan menakutkan. “Sedang saya cuba menumpukan perhatian pada keadaan jalan yang cukup gelap, ternampak pula sekawan gajah sedang bergerak di sebelah kiri lebuhraya. Terkejut dibuatnya,” cerita Shaiful.

Dari Terengganu, mereka menuju ke Jeli – Sungai Petani – Arau – Butterworth dan tiba di Sitiawan, Perak tepat pada jam 12.00 malam (29 Ogos). Semasa di Arau, mereka diuji dengan cuaca yang tidak begitu baik. Hujan lebat agak menyukarkan perjalanan kerana pandangan semakin kabur, pengendalian kian mencabar dan keadaan permukaan jalan yang semakin licin.

Tiba di Teluk Cempedak di waktu malam. Rehat dan terus bergerak semula.
Tiba di Teluk Cempedak di waktu malam. Rehat dan terus bergerak semula.


29 Ogos: Konvoi meninggalkan Sitiawan untuk ke Lumut – Sabak Bernam – Genting Highlands dan kembali ke Putrajaya. Kemudian bermulalah Perjalanan Bahagian 2 pula iaitu dengan bermotosikal ke dalam kawasan kampung dan bandar. Destinasi pertama ialah Shah Alam diikuti Ipoh - Bayan Lepas – Alor Setar – Kangar. “Kami dapat menggunakan kedua-dua jambatan di Pulau Pinang dalam konvoi lasak ini,” cerita Shaiful sambil ketawa.

Sempat bergambar kenangan di MCKK, Kuala Kangsar.
Sempat bergambar kenangan di MCKK, Kuala Kangsar.


“Dari Kangar, kami kembali ke Gua Musang dan memang seronok menunggang di jalan ini kerana ia agak lengang dan jarang digunakan. Dahulunya keadaan jalan ini kurang memuaskan tetapi kini sudah dibaiki. Dengan program seperti ini, kami dapat melihat masih banyak kawasan kampung dan tempat menarik di semenanjung yang belum dilawati ramai orang,” tambahnya lagi.

Segala penat lelah hilang apabila mereka tiba di Banjaran Titiwangsa buat kali kedua. Pemandangannya indah, suasana damai, segar dan lebih mengujakan apabila konvoi ini diraikan oleh rakan-rakan bikers dari UiTM Melaka yang sedang menjayakan program Kembara Jalur Gemilang.

Bergambar kenangan bersama rakan-rakan UiTM Melaka di Banjaran Titiwangsa.
Bergambar kenangan bersama rakan-rakan UiTM Melaka di Banjaran Titiwangsa.


Perjalanan seterusnya menuju ke Jerantut - Kuantan – Muadzam – Johor – Melaka – Seremban dan berakhir di Putrajaya di ambang merdeka pada 30 Ogos. Konvoi disambut oleh Ahli Dewan Negara, YB Senator Dato' Sri Khairudin Samad, Setiausaha Sulit Kanan Menteri Wilayah, Datuk Rahimi Rejab, Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan Benelli Keeway Motorcycles SB, En. Wan Najib Wan Daud dan rakan-rakan dari Kelab Belia Dinamik Putrajaya.

31 Ogos 2016. “Ketika saya dan Napi menunggang dalam perbarisan Hari Kebangsaan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan para jemaah menteri, itulah detik paling membanggakan dalam hidup saya,” kata Shaiful. RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).