RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Disember 2016

Konvoi Tahunan GIVI Ke MotoGP!

Perlumbaan MotoGP Malaysia di Sepang setiap tahun memang amat ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat. GIVI Asia Sdn. Bhd. sekali lagi turut sama memeriahkannya dengan menganjurkan konvoi motosikal ke Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu.

Perlepasan konvoi di Muzium DiRaja, Kuala Lumpur.
Perlepasan konvoi di Muzium DiRaja, Kuala Lumpur.
En. Joseph Perucca turut serta dengan menaiki BMW R 1200 GS.
En. Joseph Perucca turut serta dengan menaiki BMW R 1200 GS.

Konvoi bermula di Muzium DiRaja yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur. Sebanyak 150 buah motosikal pelbagai jenama turut terlibat dalam konvoi ini yang diketuai oleh duta jenama GIVI iaitu Anita Yusof. Beliau adalah seorang pengembara jelajah yang baru pulang ke tanahair setelah setahun mengembara di dalam kembara ‘Global Dream Ride’ merangkumi empat benua dan lebih daripada 40 negara dengan jarak perjalanan sekitar 65,000km.

En. On Hai Swee bersama Duta GIVI, Anita Yusof.
En. On Hai Swee bersama Duta GIVI, Anita Yusof.

Para peserta konvoi yang datang dari seluruh negara sangat teruja dengan pakej yang ditawarkan oleh pihak GIVI kerana dengan hanya bayaran RM150, peserta mendapat nilai melebihi RM450 termasuk barangan GIVI, baju-T, sarapan pagi dan tiket MotoGP Grandstand di Sepang. Peserta konvoi juga diberi satu liter minyak pelincir oleh Castrol Power 1 dan tayar Pirelli, tertakluk kepada syarat.

Shahrol Yuzy
Shahrol Yuzy


Konvoi juga diiringi oleh Polis Trafik Kuala Lumpur dan kumpulan marshal seramai 10 orang untuk melancarkan penjalanan dari Kuala Lumpur ke Litar Sepang, sejauh 50km. Turut serta di dalam konvoi berkenaan ialah bekas pelumba Shahrul Yuzy (pemilik GIVI Honda Yuzy Racing), Lucio Cecchinello (pemilik GIVI LCR Team MotoGP), Hendrika Visenzi (Timbalan Presiden GIVI), En. Joseph Perucca (Pengarah Antarabangsa GIVI) dan En. On Hai Swee (Pengarah Urusan GIVI Asia). RR

Isu Pada

Disember 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia