RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Mac 2020

Chear Motor Bikers Night Disambut Dengan Meriah

Untuk meraikan kesetiaan para pelanggannya, Chear Motor Sdn Bhd telah menganjurkan majlis makan malam istimewa iaitu Chear Motor Bikers Nite di perkarangan Chear Motor (HQ) pada 21 Disember lalu. Acara yang diadakan buat kali kelima itu telah berjaya mengumpulkan kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada pemilik motosikal pelbagai model yang sentiasa memberi sokongan kepada Chear Motor.

Majlis bermula pada lewat petang dengan menyajikan pelbagai jenis makanan yang lazat. Ini juga peluang bagi para peminat motosikal untuk bertemu dengan rakan dan melihat model-model baru yang berada di bilik pameran Chear Motor. Menjelang malam, majlis bertambah meriah dengan ketibaan lebih ramai tetamu termasuklah Pengarah Urusan Chear Motor Resources Group, Dato’ Chear Kin Keong.


Untuk menambah keceriaan, sesi karaoke yang memberi peluang buat para tetamu menunjukkan bakat yang terpendam selama ini. Hebat... memang ramai rupanya yang masih mempunyai suara emas. Sorakan dan usikan rakan-rakan di kawasan khemah membuatkan ramai yang tidak kering gusi.

Acara yang paling dinanti-nanti iaitu cabutan bertuah menutup tirai majlis pada malam itu. Pelbagai hadiah-hadiah menarik seperti pelincir Belray, baju-t, aksesori menunggang dan vaucer telah disediakan termasuklah hadiah utama berupa sebuah motosikal CMC Ario 110 telah dimenangi oleh En. Abdul Rahman dari Kuala Lumpur.

Tahniah buat Chear Motor Sdn Bhd yang menawarkan jualan pelbagai jenis motosikal dan terus memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan selama ini. RR

Isu Pada

Februari 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.