RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Mac 2020

Nostalgia Camping BTROM 2019

Untuk menutup tahun 2019 dengan penuh kenangan dan ingatan, Born To Ride Official Malaysia (BTROM) telah menganjurkan satu aktiviti menarik iaitu Camp and Ride yang bertempat di Riverine Lenggong, Perak pada 28 dan 29 Disember 2019. Acara bertemakan Nostalgia Camping ini telah dihadiri seramai 70 peserta daripada pelbagai jenis motosikal yang datangnya dari seluruh pelusuk negeri di semenanjung Malaysia.

Untuk jadikan penganjuran ini cukup bermakna buat semua yang hadir, BTROM telah bekerjasama dengan Malaysia Local Route dan menerima sokongan daripada PitStop seperti A2 Taiping, P169 Burger Bikers Nibong Tebal, A76 Lenggong dan Riverine Nature Camp.

Tujuan penganjuran ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim di antara para pencinta dua roda tanpa sempadan usia, latar belakang mahupun bangsa. Sebagai pemilik dan pencinta motosikal, kita harus saling menghormati dan tolong menolong agar segala perancangan dapat disempurnakan dengan baik. Jelas sekali sifat-sifat murni ini telah terpancar khususnya ketika majlis makan malam BBQ.

Deruman jentera para peserta mula memeriahkan tapak perkhemahan seawal jam 10.00 pagi. Memang seronok apabila melihat pelbagai jenis model dan kuasa enjin berkumpul bersama. Para peserta kemudiannya terus memacak khemah masing-masing. Di sebelah petang, acara 'membakar' pun dimulakan. Bila ramai yang ringan tulang, kerja menjadi cepat dan mudah. Ada ikan... ayam... yang semuanya lazat-lazat belaka.

Pada majlis makan malam itu, Nostalgia Camp telah mengundang beberapa orang tetamu khas yang telah sudi menceritakan pengalaman pengembaraan motosikal iaitu Salman Musthaq dari Pakistan, rider dari Yamaha Club Medan Indonesia dan Saudara Sidi dan isterinya Ana yang telah bermotosikal dari Malaysia ke Mekah dan Madinah dengan menunggang Honda RS150R. Selain itu, inilah masanya buat para peserta berkongsikan kisah motosikal masing-masing.

Keesokan harinya, aktiviti di Nostalgia Camp telah diteruskan dengan pertandingan tradisional yang juga merupakan acara utama tema kali ini. Permainan tradisional yang dijalankan itu ialah permainan guli dan Galah Panjang. Macam-macam telatah dan ragam ditunjukkan oleh para peserta sehinggakan ramai yang ketawa sampai sakit perut. Memang sangat meriah dan menghiburkan!

Banyak pasangan bikers yang sporting dan sangat mesra. Wajah-wajah ceria mereka dan gelagat peserta pastinya akan menjadi kenangan yang terbaik.

Akhir sekali, kami disediakan hidangan makan tengahari yang cukup istimewa oleh pihak Riverine Nature Camp Lenggong. Segala juadah telah dimasak di dalam buluh dan ia sememangnya dilakukan oleh masyarakat orang Asli di zaman dahulu kala. Lain macam sedapnya lauk-lauk yang dihidangkan. Puas hati sungguh!


Walaupun rasa agak berat untuk berpisah, kami yakin penganjuran kali ini cukup memberikan kenangan manis walapun masanya agak singkat. Ramai di kalangan para peserta menyuarakan agar acara ini terus diadakan. Untuk info lanjut, rakan-rakan bolehlah ke https://www.facebook.com/groups/ 643417516108074/.

Antara rakan-rakan dua roda yang terlibat dalam Ride & Camp kali ini ialah, Givibella, RSNC (RS150 Northern Crew), RSPG ( Kelab Permotoran RS150R Pulau Pinang), P169 Burger Bikers, PVG (Pahang Versys Group), FZBrotherhood, KPHRSK (Kelab Permotoran Honda RS Kedah), LadiesCrewKapcai, Crew Of Ex5 (COE), Senyum Santai Bikers (SSB), Colony 33 Rider, Queen Riders Malaysia (QRM), Kembara Medic, M4SC (Malaysia 4 Strokers community), De'Demak, PSR 66 DABONG, RS150R SEGAMAT, Jengking rider bn2, Wronggeng, Trico Siam dan Komuniti RS150 ADV Touring Utara. RR

- Kay

Isu Pada

Februari 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.