RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mac 2015

Klinik Menunggang Untuk Pemilik MV Agusta

Para peserta gembira dan bersemangat dengan ilmu yang dipelajari.
Para peserta gembira dan bersemangat dengan ilmu yang dipelajari.

Seorang penunggang motosikal yang baik sewajarnya mengetahui bukan sahaja perjalanan yang bakal ditempuhi tetapi juga cara dan gaya tunggangan yang betul dan selamat. Untuk mengetahui teknik tunggangan yang betul, Chear Motor Sdn Bhd selaku pengedar sah MV Agusta di Malaysia telah menganjurkan klinik tunggangan bertempat di litar yang dikelolakan oleh tiga penunggang berpengalaman dari Sports Rider Riding Clinic iaitu En. Lee Ching Hooi, En. Michael Wong dan En. Rahim Sidek.

Siti Norhajjahtul Aswad dengan F4RRnya.
Siti Norhajjahtul Aswad dengan F4RRnya.

Program yang diadakan di Melaka International Motorsports Circuit (MIMC) ini disertai oleh 14 orang pemilik MV Agusta pelbagai model seperti F3, F4, Brutale F3, Dragster 800 dan Rivale yang hadir dari serata tempat. “Tujuan utama kita mengadakan klinik menunggang ini adalah untuk melahirkan para penunggang yang berdisiplin, faham akan motosikalnya dan menunggang dengan selamat. Di sini, kita akan menunjukkan cara menunggang dengan posisi yang betul, membrek dan mengawal pendikit dengan tepat. Untuk menjadi seorang penunggang yang baik terutama yang memiliki mesin berkuasa tinggi, mereka perlu bijak, disiplin, mempunyai skill dan konsentrasi yang tinggi,” kata En. Michael yang telah menjadi tenaga pengajar sejak lima tahun lalu.

Terdapat sekurang-kurang tiga fasa atau klinik untuk dihadiri demi menjadi seorang penunggang yang baik. Fasa pertama diadakan khusus untuk penunggang baru yang bakal diberikan latihan dan tunjuk ajar untuk mengawal jentera di selekoh pada kelajuan yang ditetapkan. Dalam fasa ini juga, kawasan litar yang dipilih agak kecil supaya setiap gerak geri peserta dipantau seterusnya diperbaiki dari masa ke semasa. Apabila sudah biasa, para peserta akan diberi peluang untuk menunggang ke bahagian litar yang lebih luas agar kelajuan dapat dipertingkatkan sedikit demi sedikit. Sessi taklimat dan kupasan akan diadakan setiap kali mereka berhenti rehat. Sessi ini amat penting untuk mendapatkan maklum balas agar segala masalah dan kelemahan dapat dikongsi bersama.

En. Michael Wong (kanan) menyampaikan taklimat kepada para peserta.
En. Michael Wong (kanan) menyampaikan taklimat kepada para peserta.

Fasa kedua juga akan diadakan di MIMC untuk mengembalikan ingatan mengenai tunjuk ajar yang telah diberikan dan proses yang sama akan diulangi semula pada kadar yang lebih sesuai dengan prestasi para penunggang. Fasa ketiga pula akan diadakan di Litar Antarabangsa Pasir Gudang yang pastinya lebih sesuai dan selamat untuk jentera-jentera berkuasa tinggi ini memecut seberapa laju sekali pun.

“Tidak ramai yang benar-benar faham akan kuasa dan karaktor mesin yang mereka miliki tambahan pula motosikal sekarang ini kecil tetapi sangat hebat.

Berkongsi pendapat sesama peserta.
Berkongsi pendapat sesama peserta.

Menerusi klinik ini, segala kelemahan akan kami kongsi bersama demi menjadi seorang penunggang motosikal yang berdedikasi. Mengapa begitu banyak kemalangan berlaku? Ini bukan sahaja disebabkan kurang pengalaman tetapi juga ego dan sikap yang kurang matang. Di sini, para penunggang akan mengenal dan belajar dengan betul cara menggunakan pendikit, sistem gear dan brek,” kata En. Lee Ching Hooi, yang pernah menjuarai perlumbaan MSS sebanyak tiga kali.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya di sini dengan motosikal pertama saya. Saya berpendapat bahawa aktiviti seperti ini amat penting terutamanya untuk penunggang baru bagi menaikkan tahap keyakinan ketika berada di atas sebuah mesin yang berprestasi tinggi. Selepas selesai sessi pertama, saya dapat rasakan posisi tunggangan tidak lagi keras dan semakin lama semakin selesa walaupun ketika membaringkan jentera ini di selekoh tajam,” komen En. C.K Tan yang baru memiliki MV Agusta F3nya selama lapan bulan.

Walaupun cuaca agak terik pada hari itu, para peserta puas dengan ilmu yang dipelajari.
Walaupun cuaca agak terik pada hari itu, para peserta puas dengan ilmu yang dipelajari.

Turut bersetuju dengan pandangan rakannya itu, pemilik MV Agusta F4RR, Siti Norhajjahtul Aswad amat menyokong dengan klinik menunggang ini kerana ia benar-benar berjaya menjadikan seorang penunggang baru itu mengendalikan mesin mereka dengan lebih cekap dan selamat. Walaupun Siti sudah beberapa kali menunggang di litar Sepang, dia tetap menikmati setiap saat bersama rakan-rakannya dalam usaha untuk menjadi para penunggang yang berpengalaman.

Selepas hampir seharian bersama-sama para penunggang, beberapa masalah utama yang berjaya dikenal pasti oleh tenaga pengajar iaitu posisi badan yang tidak betul, gagal mengawal kelajuan yang sewajarnya ketika memasuki selekoh dan kurang tumpuan. Menurut seorang lagi tenaga pengajar yang juga bekas pelumba negara, En. Rahim Sidek, ia adalah masalah biasa yang dapat diatasi selepas beberapa kali menghadiri klinik ini.

“Saya baru sahaja membeli sebuah Rivale dan cukup teruja untuk menyertai klinik ini. Memang pada mulanya agak kekok untuk menggunakan tubuh badan ketika berada di selekoh tetapi selepas mempraktikkan apa yang diajar, saya lebih selesa dan menyedari bahawa posisi badan amat penting untuk tunggangan yang selamat,” kata En. Mohd Saifuddin Razali dari Tampin. RR

Isu Pada

Mac 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.