RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 April 2021

SYM VF3i 185 LE & PRO Diiktiraf Sebagai Motosikal Paling Selamat Dengan Dilengkapi ABS

SYM VF3i 185 Edisi Terhad dan PRO telah dianugerahkan penarafan lima bintang menerusi Program Penilaian Motosikal di Malaysia (MyMAP). Model tersebut merupakan jentera pertama di Malaysia diiktiraf sebagai motosikal paling selamat yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan iaitu sistem brek dengan Anti-Lock Braking System (ABS).

Pengiktirafan tersebut dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) bersama dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii). Menurut MIROS, penarafan bintang MyMAP ini merupakan hasil penilaian empat ciri utama iaitu pematuhan kepada peraturan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Eropah, Pematuhan Pengeluaran (COP), teknologi ciri keselamatan dan program sokongan keselamatan pengguna.

“Ciri utama sebuah motosikal yang selamat adalah dengan memiliki sistem ABS. Dengan adanya sistem ini, kita dapat mengurangkan jumlah kematian yang melibatkan penunggang motosikal. Sistem ABS yang ada pada SYM VF3i 185 ini telah diuji oleh pihak MIROS pada 17 Mac lalu di ibu pejabat MForce Bike Holdings Sdn Bhd,” kata Dr. Khairil Anwar bin Abu Kassim, Ketua Pengarah MIROS.

Demi mengutamakan hak dan kepuasan para pelanggannya, MForce sentiasa mengambil berat terhadap perkhidmatan selepas jualan. Mereka sentiasa meningkatkan kualiti dan bersedia menerima sebarang aduan serta cadangan penambahbaikan agar produk yang dibangunkan dapat dipertingkatkan kualitinya pada masa akan datang. Sebarang pertanyaan, sila kunjungi atau hubungi mana-mana pusat servis MForce atau pengedar sah MForce. RR

Isu Pada

Mei 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.