RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 April 2021

Honda Forza 750 Menangi Anugerah Red Dot 2021

Skuter maksi, Honda Forza 750 telah terpilih untuk menerima Anugerah Red Dot 2021 dalam kategori Rekaan Produk. Pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini hanya diberikan buat para pengeluar yang memiliki kualiti produk yang unggul dalam rekabentuk produk, jenama dan komunikasi.

Pemenang Anugerah Red Dot ini dipilih oleh 50 orang pakar dari seluruh dunia yang telah menguji, menilai dan membincangkan dari setiap sudut khususnya rekabentuk dan inovasi. Kriteria penilaian ini disesuaikan setiap tahun agar seiring dengan tahap teknikal terkini, ekonomi, sosial dan ekologi.

“Kita menempuh tahun yang berjaya dengan penerimaan beberapa anugerah dari Red Dot dalam kategori “Reka Bentuk Produk” kategori yang terkenal di seluruh dunia,” kata Ketua Pegawai Operasi, Pusat Bahagian Rekabentuk, Honda R&D Co. Ltd., En. Toshinobu Minami,

Forza 750 diperkenalkan pada tahun 2020 yang tergolong sebagai skuter maksi yang elegan dan mewah. Skuter ini menawarkan keselesaan, sporty, tangkas, penuh gaya, prestasi yang cukup mantap dan mempunyai pakej premium. Rekaan ruang kakinya bukan sahaja luas tetapi juga dapat melindungi kaki daripada tamparan udara sewaktu berada dalam kelajuan tinggi.

Skuter 745cc, silinder tunggal ini juga direka untuk tunggangan bandar. Ia mudah, jimat , memiliki ruang bawah pelana yang luas dan cukup bertenaga untuk dipecut ke mana sahaja. Dengan adanya spesifikasi moden seperti mod tunggangan, Honda Selectable Torque Control, sistem Dual Clutch Transmission dan Honda Smartphone Voice Control, Forza adalah antara skuter pilihan ramai.

Turut meraih anugerah sama dalam kategori kereta ialah Honda Jazz E:HEV dan Honda Crosstar E:HEV. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.