RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mac 2019

CBR-RR Malaysia Mega Gathering (MG) 2019

Selepas kejayaan enam tahun berturut-turut penganjuran, 'Tahniah!' adalah ungkapan terbaik buat CBR-RR Malaysia atas kesungguhan dalam usaha merapatkan hubungan para pemilik jentera Honda CBR khususnya tanpa mengira bangsa, agama, latar belakang dan negara. Lima tahun lalu kita telah menyaksikan krew CBR-RR yang dipimpin oleh Sdr Mohammad Yusri dan Pok Lah membawa rakan-rakan motosikal berkumpul di sebuah lokasi yang cukup istimewa dan untuk tahun 2019, CBR-RR Malaysia Mega Gathering (MG) telah diadakan di Tasik Villa International Resort yang terletak di Lukut, Port Dickson.

Perhimpunan kali ini dihadiri oleh 300 orang peserta yang datang dari seluruh semenanjung Malaysia termasuk seorang dari Langkawi dan 112 orang pemilik Honda CBR dari Singapura, tidak lain dan tidak bukan iaitu ahli-ahli SG Jack Rabbit. CBR-RR MG kali ini juga dimeriahkan dengan kehadiran dua orang wakil Boon Siew Honda Sdn Bhd iaitu En. KC Yeoh dan En. Saiful Aiman dari bahagian Perancangan Produk. Sempena penganjuran CBR-RR Malaysia MG, BSH telah menaja baju-T Honda.

“Apa yang menyeronokkan ialah kita sentiasa akan menerima penyertaan para peserta baru disamping wajah-wajah setia yang seringkali memberi sokongan. Itulah antara objektif penganjuran ini iaitu untuk menambah kenalan dan merapatkan hubungan,” kata Pok Lah.

Antara aktiviti lain yang dianjurkan oleh CBR-RR Malaysia ialah konvoi amal, TTS (Teh Tarik Session), konvoi santai, konvoi ke MotoGP, track day dan sesi perkongsian motivasi kepada murid sekolah. Ini adalah usaha mulia yang sering mendapat sokongan di kalangan para pemilik Honda CBR agar segala kesenangan dapat dikongsi bersama.

Wakil SG Jack Rabbit, Shafiee Othman adalah antara mereka yang benar-benar setia dengan penganjuran ini. Sejak CBR-RR Malaysia MG edisi pertama di MAEPS pada tahun 2014 lalu, Shafiee telah pun hadir memberi sokongan dan pada tahun ini, beliau merancang untuk menganjurkan acara yang hampir sama di Singapura. “Jika rancangan untuk mengadakan Mega Gathering ini berjalan lancar, kami (SG Jack Rabbit) amat berbesar hati jika ada rakanrakan dari Malaysia yang sudi ke Singapura untuk meraikan acara itu,” tambah Shafiee.

Selepas ucapan dan kata-kata aluan daripada Admin CBRRR Malaysia, majlis diserikan dengan nyanyian pelbagai jenis lagu daripada Ms Nana yang juga merupakan pengacara majlis pada hari itu. Majlis makan tengahari diselang selikan dengan acara penyampaian cenderahati dan cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik sumbangan para penaja.

Menjelang petang, hadiah-hadiah cabutan bertuah bukan sahaja semakin besar tetapi aktiviti yang dianjurkan juga kian meriah. Paling gamat ialah pertandingan 'gelek' di antara peserta Malaysia dan Singapura. Menari pun ada gaya macam naik motor walaupun pelbagai jenis lenggok dan pergerakan cuba dibuat oleh empat orang 'rider' CBR di atas pentas. Terbuktilah mereka benarbenar penunggang motosikal tegar.

“Ini merupakan penyertaan pertama saya dan memang cukup gembira kerana dapat berkonvoi beramai-ramai. Saya juga dapat berkenalan dengan ramai kenalan baru dari pelbagai negeri dan memang ia adalah majlis yang cukup memuaskan hati. Jika ada rezeki, saya pasti akan menyertai perhimpunan ini pada tahun hadapan,” kata pemilik CBR1000RR Fireblade, Sdr Din dari Kajang.

“Walaupun jumlah penyertaan tahun lepas lebih ramai, CBR-RR Malaysia MG kali ini tetap meriah. Saya dapat bertemu dengan rakan-rakan jauh dan merapatkan hubungan sesama mereka. Ini kali kedua saya bersama MG dan memang cukup gembira dapat hadir ke sini,” kata Sdr Don dari Singapura yang menunggang CBR1000RR.

Perhimpunan penuh erti berakhir lebih kurang pada jam lima petang dan pemilihan Port Dickson (PD) sebagai lokasi acara tahunan ini memang cukup bijak. Ramai di kalangan para pemilik Honda CBR mengambil peluang untuk bersiar-siar dan merasai kemeriahan pusat pelancongan itu. Pantai-pantai di PD sememangnya penuh dengan para pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya pada hari cuti. RR

Isu Pada

Mac 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.