RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 9 Julai 2021

Honda CB650R Custom Dipameran Maya Dengan Rekabentuk Unik!

Global: Honda Motor Europe sedang merancang untuk mengadakan pameran 10 Jentera Terbaik Eropah untuk model CB650R yang dibina oleh para pengedar Honda dari Perancis, Sepanyol dan Portugal. Pameran ini sepatutnya diadakan di pesta Wheels & Waves pada 30 Jun hingga 4 Julai lalu.

Walaupun acara tersebut telah dibatalkan, pihak Honda tetap akan mempertontonkan jentera-jentera CB650R yang telah diubahsuai dengan cantik kepada para penonton menerusi lamanweb Honda Customs web (http://www.hondacustoms.com). Laman web ini disediakan dalam bahasa Perancis, Jerman, Itai, Sepanyol dan Portugal.

Antara model istimewa yang dipamerkan ialah jentera ciptaan khas bagi menghormati kebangkitan semula pengedar mereka yang terlibat dalam kebakaran yang dasyat, tribute untuk jentera perlumbaan endurance di Perancis dan rekacorak ala Honda CB750 Four ‘KO’ tahun 1969.

Para ‘pelawat’ laman maya ini juga turut diberi peluang untuk memilih jentera mana yang layak sebagai pemenang. Selepas membuat undian, mereka boleh memuat turun gambar-gambar motosikal yang dipamerkan itu ke dalam komputer, telefon pintar atau kongsikannya di media social.

CB650R Hedicion

Pembuat: Motor Sport, Madrid, Sepanyol
Konsep: 1966 Brabham Honda BT18 Racing

CB650R Hedicion
CB650R Hedicion
CB650R Akira
CB650R Akira

CB650R Akira

Pembuat: Hakuba Motor, Santander, Sepanyol
Konsep:  Japanese Kaizen yang bererti ‘Penambahbaikan’ – sesuai dengan matlamat Hakuba Motor yang sentiasa mencari kesempurna dalam setiap pembikinannya.

CB650R Café Racer

Pembuat: Blanmoto Honda, Girona, Sepanyol
Konsep:  ‘Steam punk dan café racer’.

CB650R Cafe Racer
CB650R Cafe Racer

CB650R Fenix

Pembuat: Mototrofa Honda, Trofa, Portugal.
Konsep: Lambang seperti burung Pheonix yang hidup semua – symbol untuk Mototrofa yang pernah terlibat dalam kebakaran.

CB650R Four

Pembuat: Sagaz Honda, Toulouse, Perancis
Konsep:  Edisi jentera perlumbaa lasak 24 jam 2976 dan jentera lumba Honda RCB1000 yang ditunggang oleh Jean­ Claude Chemarin dan Roger Ruiz.

CB650R Fenix
CB650R Fenix
CB650R Fenix
CB650R Fenix
CB650R Four
CB650R Four

CB650R White Edition

Pembuat: 3C Motos, Anglet, Perancis
Konsep: Sifat berlawanan dengan model Black Edition yang digunakan mereka pada tahun 2019 lalu.

CB650R BMX

Pembuat: Werther, Nice, Perancis
Konsep: Gaya dan menyeronokkan seperi sedang menunggang basikal BMX.

CB650R white Edition
CB650R white Edition
CB650R BMX
CB650R BMX

CB650R KarbOne Edition

Pembuat: AZ Moto, Rouen, Perancis .
Konsep: Berinsipirasikan jentera Honda CB750 ‘KO’ yang pernah mendapat perhatian dunia pada tahun 1969.

CB650R FLAT TRACKER

Pembuat: ADN Motos, Cognac, Perancis
Konsep: DNA litar lasak

CB650R Limited Edition
CB650R Limited Edition
CB650R Flat Tracker
CB650R Flat Tracker

CB650R FOUR Limited Edition

Pembuat: Espace Motos, Angers, Perancis
Konsep: Jentera Lagenda CB750 Four

Isu Pada

Ogos 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700