RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Julai 2021

Yamaha Motor Kembali Sertai Pameran EICMA 2021

Yamah Motor Europe telah mengesahkan penyertaan mereka dalam Pameran Motosikal Antarabangsa EICMA 2021 yang akan berlangsung pada 23 hingga 28 November ini.

Pengumuman ini dibuat selepas pihak Yamaha melihat perkembangan positif program vaksinasi antarabangsa dan nasional dalam usaha melindungi dan menyekat penularan Covid-19 di Eropah khususnya di Itali. Harapannya ialah untuk dapatkan jumlah para pengunjung yang ramai menjelang November nanti.

Ruang pameran Yamaha di EICMA 2019.
Ruang pameran Yamaha di EICMA 2019.

Dengan kerjasama organisasi EICMA, tahap keselamatan, keselesaan dan perlindungan para pengunjung yang hadir sangat-sangat diutamakan. Untuk itu, ruang pameran Yamaha akan diperbesarkan agar para pengunjung memiliki ruang peribadi yang lebih selamat.

“Keputusan untuk sertai pameran EICMA ini memang sukar tetapi selepas membuat pemerhatian terhadap trend evolusi yang berkaitan dengan Covid-19 ini dan keyakinan organisasi EICMA dalam usaha menangani masalah wabak ini. Kami cukup yakin dapat menyediakan keadaan persekitaran yang selamat,” kata Presiden dan CEO Yamaha Motor Europe N.V, Eric de Seynes.

EICMA 2019.
EICMA 2019.

“EICMA merupakan platform yang amat penting buat industri dua roda. Ia memberikan moment dan tempat yang unik di mana komuniti para pencinta motosikal dapat berkumpul untuk merasai reaksi para media dan para pelanggan sewaktu suatu produk itu dilancarkan. Inilah hubungan kami dengan mereka untuk memberikan inspirasi di masa hadapan. Acara pada tahun ini memberikan peluang buat para pencinta motosikal kembali bersama-sama menikmati dunia motosikal secara fizikal, bukannya menerusi alam maya,” tambah beliau. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.