RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Oktober 2021

KMSB Motors Sdn Bhd Bukan Lagi Pengedar Rasmi Motosikal Kawasaki...

KMSB Motors Sdn Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd secara rasminya menamatkan pengedaran untuk motosikal jenama Kawasaki yang berkuatkuasa pada hari ini iaitu 1 Oktober 2021.

Lembaga Pengarah dan Pengurusan KMSB telah bersetuju untuk membuat keputusan yang sukar ini setelah mengambil kira beberapa perkembangan penting khususnya pembangunan utama Kawasaki Heavy Industries, Ltd. Japan (KHI) dalam dasar pelaburan di Malaysia. Ini termasuklah keputusan KHI untuk meningkatkan penyertaan ekuiti mereka dalam MODENAS pada 26 April 2019 dan seterusnya strategi pengedaran produk KHI untuk pasaran negara.

Pihak KMSB turut mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan dan penyokong setia sepanjang 33 tahun perniagaan motosikal Kawasaki di Malaysia. KMSB menyatakan akan memasuki perniagaan baru yang mempelbagaikan aktiviti sebagai syarikat konglomerat.

Bagi para pemilik Kawasaki yang tertanya-tanya berkaitan tuntutan jaminan Kawasaki, perkhidmatan lepasan jualan, servis dan alat ganti, sila tunggu pengumuman selanjutnya yang akan diumumkan oleh pihak KHI tidak lama lagi. RR

Isu Pada

November 2021

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.