RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 17 Disember 2021

Motosikal: Perlu Lebih Waspada Di Musim Hujan

Menurut laporan daripada Sinar Harian online semalam, seorang penunggang motosikal telah terlibat dalam kemalangan maut di Jalan Kuala Selangor-Kepong.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut.

sumber foto: sinarharian.com.my
sumber foto: sinarharian.com.my

“Mangsa dipercayai terbabas, melanggar pembahagi jalan dan terjatuh. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Buat masa ini, siasatan lanjut telah dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian dan meminta saksi yang melihat atau berada di lokasi kemalangan untuk berhubung dengan Inspektor Rozilah Hussin di talian 016-267 9025. Didoakan agar keluarga mangsa tabah menghadapi ujian ini.

Sehubungan itu, RR ini menyarankan agar semua penunggang motosikal sentiasa waspada dan berhati-hati di jalan raya, lebih-lebih lagi di musim hujan sekarang ini.

Asasnya, periksa tayar, brek, lampu depan, lampu belakang, lampu isyarat dan cermin sisi sebelum memulakan perjalanan. Jangan lupa pakai baju hujan yang berkualiti. Selamat menunggang semua dan ingatlah orang tersayang. RR

Sumber laporan & foto kemalangan: http://sinarharian.com.my

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.