RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Disember 2021

Mangsa banjir dikecualikan pembayaran yuran ganti lesen kenderaan

Kementerian Pengangkutan telah membuat keputusan untuk mengecualikan bayaran penggantian dokumen Lesen Kenderaan Motor (LKM), Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) yang telah hilang disebabkan bencana banjir yang sedang melanda negara ketika ini.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga tidak mengenakan had waktu untul urusan penggantian tersebut berikutan keadaan cuaca tidak menentu dan pada masa yang sama mangsa juga perlu menguruskan kehidupan selepas banjir.

Untuk meraih pengecualian itu, mangsa perlu membuat laporan polis mengenai kehilangan atau kerosakan dokumen sebelum berurusan di JPJ.

"Tidak perlu tergesa-gesa. Saya minta JPJ membantu mereka terjejas dan kalau boleh kita hendak meletakkan kaunter bergerak JPJ untuk memudahkan urusan mangsa banjir nanti," kata beliau di sidang media selepas majlis Anugerah Kecemerlangan Kuala Lumpur International Logistics & Transport (KiLAT).

Datuk Seri, kementerian sedia menerima sebarang cadangan demi meringankan beban mangsa banjir termasuk urusan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Beliau menambah, agensi Kementerian Pengangkutan turut membantu meringankan beban terpaksa ditanggung mangsa banjir di lapan buah negeri yang terlibat.

Ini termasuklah bantuan makanan dan keperluan asas, membuka fasiliti milik agensi seperti Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Wisma Pelaut dan di stesen LRT sebagai pusat perlindungan sementara. RR

sumber: BH Online

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.