RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Disember 2021

MForce Tawar Bantuan Kepada Pelanggan Yang Terjejas Banjir

MForce Bike Holdings Sdn Bhd, syarikat pengeluar motosikal tempatan menawarkan penukaran minyak enjin percuma dan pemeriksaan serta penyelengaraan percuma kepada pemilik motosikal berjenama SYM, Benelli, WMoto, SM Sport, Keeway dan Brixton, yang mengalami kerosakkan akibat banjir yang berlaku baru-baru ini. Para pemilik juga akan diberi potongan harga sehingga 20 peratus ke alat ganti terpilih.

MForce berasa simpati dengan nasib yang menimpa mangsa-mangsa banjir yang sedang melanda. Bencana ini telah menyebabkan ramai yang terpaksa menanggung kerugian yang teruk sehingga ada yang terkorban nyawa. Malah, motosikal juga turut ditenggelami air yang boleh menyebabkan kerosakan yang teruk.

Pengurus Besar Operasi MForce, En. Asri Ahmad berkata, tawaran ini yang disediakan untuk meringankan beban yang perlu ditanggung oleh pemilik motosikal keluaran MForce. Eksklusif untuk pemilik motosikal keluaran MForce yang terkesan akibat bencana di Kawasan Klang Valley, kami sedia menawarkan Perkhidmatan Bantuan Banjir seperti berikut:

  • Diskaun sebanyak 20% ke atas barangan alat ganti terpilih;
  • Pemeriksaan dan caj upah kerja percuma
  • Penggantian minyak enjin asas secara percuma

Bermula 23 Disember 2021 sehingga 15 Januari 2022, pemilik motosikal keluaran MForce yang terjejas diminta untuk menghantar motosikal mereka ke MForce cawangan Segambut beserta surat sokongan untuk menikmati faedah ini. Alamatnya seperti berikut: No. 15, Jalan Segambut Atas, Taman Segambut, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hubungi : 04-545 2222

Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat, Jam 8.30am - 5.30pm. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.