RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 18 Februari 2022

Aprilia Track Day 2022 - Beri Peluang Peserta Rasa RS660

Didi Resources Sdn Bhd selaku pengimport dan pengedar tunggal jenama Aprilia di Malaysia telah menganjurkan Aprilia Track Day di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) khusus untuk para pemilik Aprilia.

Aprilia Track Day ini menawarkan para penunggang menikmati pengalaman di litar dengan menunggang jentera masing-masing dan pada masa yang sama mwnunggang uji model terbaru iaitu Aprilia RS660. Matlamat utama penganjuran ini bukanlah sekadar menunggang di litar semata-mata tetapi untuk memberi peluang kepada beberapa penunggang khususnya pemilik baru mengenai kemantapan teknologi dan spesifikasi Aprilia RS660 baru ini secara eksklusif.

Acara ini juga untuk memberi penghormatan kepada penunggang Aprilia sedia ada serta semua peminat track day yang memberi peluang kepada semua penunggang yang hadir untuk memecut jentera masing-masing dalam persekitaran yang selamat tanpa papan tanda 'Berhenti', lampu isyarat dan gangguan trafik.

Lebih meriah apabila acara Aprilia Track Day ini disertai oleh Pengarah Urusan Didi Group, Encik Goh Kian Sin yang turut untuk tidak melepaskan peluang mencuba model Aprilia RS660. Dengan adanya sokongan dan bantuan juruteknik terlatih Aprilia yang sentiasa bersedia untuk memastikan perjalanan acara ini selamat dan menyeronokkan.

Semua jentera Aprilia pada hari tersebut dilengkapi dengan transponder bagi merekodkan catatan masa masing-masing dan telah diadakan pada majlis penyampaian hadiah yang dibahagikan kepada dua kategori di bawah dan di atas 660cc.

Para peserta yang hadir telah disediakan sarapan, pelbagai jenis juadah dan juga fotografi secara percuma di sepanjang aktiviti tersebut. RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.