RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Mac 2022

Lori Rempuh Penunggang Motosikal. Dua Disahkan Maut.

Kedah - Dua penunggang motosikal maut manakala beberapa yang lain cedera parah selepas dirempuh oleh sebuah lori di Kilometer 92.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Arah Selatan, semalam.

Kredit Foto: NSTP/Foto Tular
Kredit Foto: NSTP/Foto Tular

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kemalangan tersebut melibatkan sembilan buah motosikal dan sebuah lori yang sedang bergerak menuju selatan. Difahamkan, semua mangsa yang dirempuh itu sedang berteduh daripada hujan lebat di bawah jejambat.

Dengan tiba-tiba sebuah lori hilang kawalan, lalu terbabas dan merempuh mereka yang berada di tempat kejadian sehingga menyebabkan ada yang tercampak.

Video dan foto yang kini tular di media sosial menunjukkan tiga orang mangsa sedang mengalami pendarahan dan menahan kesakitan akibat kecederaan kerana rempuhan itu. Dua daripada mereka tercampak ke dalam longkang manakala seorang lagi dilihat dalam kecederaan yang agak teruk.

Kredit Foto: NSTP/Foto Tular
Kredit Foto: NSTP/Foto Tular

Sehingga kini, pihak polis dilaporkan baru selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian manakala dua mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk tindakan lanjut.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.