RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Mac 2022

Pusat 3S Vespa Malaysia Kini Di Johor Bahru

Didi Group, selaku pengedar rasmi skuter Vespa di Malaysia telah melancarkan bilik pameran Vespa di Skudai, Johor dengan menawarkan rangkaian penuh motosikal berjenama Vespa. Bilik pameran ini wujud sebagai kedai berkonsep dinamik yang membawakan rangkaian  produk komprehensif termasuk pusat khidmat pelanggan sebagai destinasi pilihan buat para pencinta dua roda.

“Pelancaran Ng Brothers Motor (Vespa Skudai) merupakan satu lagi sejarah dan ia kini menjadi bilik pameran 3S pertama Vespa di Johor Bahru. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Ng Brothers Motor kerana membawa jenama Vespa di Johor serta membantu kami mengukuhkan lagi kedudukan serta rangkaian pengedaran Vespa di Malaysia”, kata En. Rewi Hamid Bugo, Pengerusi Didi Resources Sdn Bhd.

“Pada hari pelancaran, kami turut bekerjasama dengan Kelab Vespa Moden Johor untuk mengumpulkan seramai 150 pemilik Vespa untuk meraikan MoveFest 3.0”, kata En. Ng Terng Kang, Pengurus Besar Ng Brothers Motor (Vespa Skudai).

Ng Brothers Motor (Vespa Skudai) adalah pengedar rasmi 3S Didi Group yang menawarkan bilik pameran mengikut identiti korporat Vespa baru ini. Bilik pameran ini menawarkan pelbagai jenis model bagi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan Vespa di Johor khususnya di Skudai dan kawasan sekitarnya.

Orang ramai boleh menikmati pelbagai kemudahan jualan dan perkhidmatan di pusat 3S Vespa Skudai yang terletak di 33, Jalan Pakis 1, Taman Sri Pulai, Johor Bahru. RR

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.