RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 April 2022

Gloture Cipta GeeRideCase (Skuter + Beg Melancong)

Dengan pembukaan sektor pelancongan hampir di seluruh dunia, macam-macam produk pelancongan diperkenalkan setiap hari. Adakah ia akan menjadi trend atau mobiliti terbaik ketika di lapangan terbang?

Sekali imbas, ia memang nampak macam beg melancong biasa tapi hakikatnya beg ini dilengkapkan dengan motor elektrik di bahagian dalam yang membolehkan beg ini bergerak. Pergerakan GeeRideCase sama seperti skuter biasa dan mampu bergerak selaju 10kmj (bergantung jugalah dengan berat pemiliknya).  Untuk bergerak ke depan, kita hanya perlu menekan suis sebelah kanan yang terdapat pada bar hendal manakala tekan suis sebelah kiri untuk berhenti. Ketinggian bar hendal ini juga boleh dilaras.

GeeRideCase menawarkan kuasa 250W dengan keberatan 7.5kg. Ia juga tahan lasak yang direka agar dapat dinaiki berdua (dewasa dan kanak-kanak). Kalau berlakunya kelewatan penerbangan, boleh la pusing-pusing sekitar lapangan terbang dengan dengan selesa dan tak memenatkan.

Walaupun begitu, persoalan yang akan timbul, adakah beg sebegini dapat melepasi prosedur pemeriksaan keselamatan? Menurut kenyataan dari pihak Gloture, saiz beg ini memang tak masalah untuk kita daftar masuk (check-in) atau pun dibawa naik cuma capasiti bateri yang akan menjadi isu. Oleh itu, para pemilik GeeRideCase diminta menghubungi syarikar penerbangan untuk mendapat kelulusan.

Mungkin beg sebegini lebih sesuai untuk rakan-rakan yang suka mengembara dengan keretapi yang selalunya jarang ada isu berkaitan saiz dan berat beg.

Sememangnya ia adalah satu idea menarik dan berpotensi untuk dijadikan alat pengangkutan mini buat para peancomg. Mungkin suatu hari nanti produk ini akan dicipta dengan lebih komponen-komponen lebih ringan. RR

kredit info dan gambar: http://gloture.jp

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.