RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 7 April 2022

Warna Baru CFMOTO 250SR Lebih Garang

CFMOTO Malaysia telah menampilkan model superbike SR250R dengan warna baru iaitu Lava Orange yang lebih garang dan mantap. Model 250SR Lava Orange (SR merupakan singkatan untuk Sport Racing) ini hanya dikeluarkan sebanyak 50 unit sahaja untuk pasaran negara.

Lava Orange
Lava Orange

Model 250SR didatangkan dengan enjin silinder tunggal, sistem penyejuk cecair, 249.2cc yang menawarkan hantaran kuasa setinggi 27.5hp pada 9,750rpm dan 22Nm pada 7,500rpm. Antara ciri-ciri menarik lain yang ada pada model ini ialah sistem slipper clutch, mod tunggangan (Sport & Eco), panel meter TFT berteknologi auto-adjust dan sistem ABS.

Selain warna baru Lava Orange ini, dua lagi warna iaitu Nebula White, Nebula Black dan Turquoise Blue masih lagi dipasarkan. Harga untuk 250SR ini ialah RM16,800.

Turquoise Blue
Turquoise Blue
CFMOTO 450SR? Mungkin betul.....
CFMOTO 450SR? Mungkin betul.....

Menurut CFMOTO Malaysia, model berkuasa lebih tinggi iaitu 450SR dijangka akan dilancarkan ke pasaran negara pada Oktober nanti. Katanya model ini didatangkan dengan enjin 449cc, kembar-parallel, DOHC yang berkuasa 49.6hp dan tork setinggi 39 Nm. Kena tunggulah ye! RR

Isu Pada

Mei 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.