RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 April 2022

Muzium Ducati di Borgo Panigale Akan Dibuka Semula 21 April Ini

Itali: Operasi Muzium Ducati telah dihadkan sejak tercetusnya pandemik Covid-19 tetapi apabila keadaan semakin pulih di kebanyakan negara-negara di Eropah, situasi sudah mula kembali ke arah seperti sedia kala.

Walaupun begitu, para pengunjung yang berhasrat untuk masuk ke muzium ini ]perlu menuruti beberapa peraturan seperti pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial satu-meter sepanjang berada di dalam muzium.

kredit foto: visordown
kredit foto: visordown

Muzium ini akan beroperasi sepenuhnya bermula 21 April nanti bermula pada jam 9.00 pagi hingga 8.00 malam Isnin-Ahad kecuali hari Rabu.

“Di dalam dewan muzium di mana terletaknya 'jantung' kilang Ducati di Bologna, para pengunjung akan dapat melihat dan mendalami sejarah jenama dan pembuatan jentera-jentera ikonik dunia perlumbaan dan jalanan biasa termasuk info serta perincian yang istimewa,” Ducati.

kredit foto: visordown
kredit foto: visordown
kredit foto: visordown
kredit foto: visordown

Sempena pembukaan semula muzium ini, pihak Ducati sekali lagi akan menawarkan 'tour' yang hanya diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Terdapat dua sesi lawatan ini iaitu pada jam 9.30 pagi dan pada 3.30 petang. Para pengunjung juga digalakkan untuk membuat tempahan secara talian (online) untuk lebih mudah.

Muzium Ducati 'baru' ini juga akan menampilkan koleksi terbaru iaitu sebuah jentera istimewa 750 Imola Paul Smart pada 23 April ini tetapi hanya untuk jangka masa yang tertentu sahaja. Model ini adalah unik tunggangan Smart yang memenangi perlumbaan 1972 Imola 200.

Imola Smart - kredit foto: visordown
Imola Smart - kredit foto: visordown

Bagi mereka yang baru ingin membuat keputusan sama ada berhajat atau tidak untuk masuk ke dewan pameran, pihak muzium turut menyediakan lawatan maya sebagai 'preview' dengan paparan-paparan menarik. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.