RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 September 2015

Alami Perkhidmatan Terbaik Di Stesen Minyak Shell

Slogan kata baru Welcome To Shell bertepatan dengan usaha Shell Malaysia untuk menarik lebih ramai pengguna di negara ini supaya berkunjung ke stesen-stesen minyaknya yang sedia ada.

Malaysia adalah negara pertama di Asia yang melancarkan program Welcome To Shell yang sedang dilakukan transformasi secara berperingkat bermula tahun 2015 sehingga tahun 2017. Program ini merangkumi layanan mesra daripada para pekerja Shell dan perkhidmatan yang hebat seperti makanan yang baik, tandas yang bersih, kemudahan untuk beribadat, tempat berehat yang selesa dan pelbagai lagi.

Welcome to Shell menjanjikan pengalaman berkualiti yang di luar jangkaan para pelanggan. Kami mahukan para pelanggan terpesona dengan pengalaman mereka di stesen Shell dan berharap menjadikan perjalanan mereka lebih bermakna dengan kegembiraan setelah singgah di sini,” kata Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. & Shell Timur Sdn Bhd di majlis pelancaran program Welcome to Shell baru-baru ini.

Tuan Haji Azman Ismail,  Pengarah Urusan Shell  Malaysia Trading Sdn Bhd  & Shell Timur Sdn Bhd.
Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd & Shell Timur Sdn Bhd.

Hasil kajian yang dilakukan kepada lebih seribu orang pada bulan Mei sehingga Jun tahun ini mendapati 85% pengguna di Malaysia menggunakan stesen minyak sebagai pilihan untuk beristirehat sewaktu dalam perjalanan jauh ketika bercuti. Ini kerana ia lebih mudah jika ingin mengisi petrol dan dalam waktu yang sama mereka tidak memerlukan masa yang lama jika ingin makan, solat di surau yang selesa dan sebagainya. Lebih daripada 8,000 orang pekerja stesen Shell sedang diberikan latihan program Welcome To Shell untuk memuaskan hati para pelanggannya di seluruh negara. RR

Isu Pada

September 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.