RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 September 2015

Pemilik KTM 'Meleper' di Litar MIMC

eLitar Malacca International Motorsport Circuit (MIMC) bergema dengan bunyi-bunyi mantap jentera KTM pada pertengahan Ogos lalu apabila lebih daripada 30 buah jentera KTM terdiri daripada pelbagai model bersama pemilik masing-masing menikmati keseronokan menunggang di litar bersama rakan taulan. Model Duke dan RC dari 200cc hingga 690cc merentap setiap selekoh di MIMC.

“Ini merupakan aktiviti ‘trackday’ yang kedua buat tahun ini selepas Perlis pada bulan Julai lalu. Dengan adanya program seperti ini, para pemilik KTM dapat menunggang dengan berhemah, selamat dan betul. Dua orang pelumba berpengalaman iaitu En. Muhd Amir dan En.Vinod akan memantau pergerakan dan gaya tunggangan para peserta di dalam litar dan dibetulkan dengan segera demi keselamatan ketika menunggang,” kata En. Yazid, Pengurus Pemasaran KTM CKD Malaysia.

“Bayaran dikenakan sebanyak RM20 dan hasil kutipan akan digunakan untuk tujuan kebajikan di masa depan,” tambah En. Yazid. Para peserta yang hadir bukan sahaja dari negeri berdekatan seperti Melaka, Negeri Sembilan atau Kuala Lumpur tetapi juga dari Kedah, Pulau Pinang dan Johor.

“Ini merupakan sesi ‘trackday’kedua saya dan ia memang satu aktiviti yang seronok dan baik untuk memperbaiki tunggangan. Untuk tiba ke sini, saya terlebih dahulu bermalam di Kuala Lumpur dan pagi ini bergerak ke litar MIMC ini,” kata Mohd Azri yang lebih popular dengan gelaran ‘King.’

Sebelum ke litar, setiap motosikal akan diperiksa oleh krew-krew KTM yang cukup berpengalaman. Pemeriksaan ini merangkumi keadaan tayar, tekanan udara tayar, ketegangan rantai, kehausan sproket dan sistem brek. Sesi taklimat tertumpu kepada peraturan menunggang di litar seperti pakaian yang diwajibkan, cara masuk dan keluar litar dengan betul dan selok belok mengambil selekoh dengan selamat.

Para penunggang dilepaskan mengikut kumpulan saiz enjin agar kelajuan dan kekuatan enjinnya tidak terlalu berbeza. Para peserta juga cukup bijak mengendalikan mesin masing-masing di litar yang sepanjang 1.6 kilometer ini. Beberapa sesi tunggangan diadakan dan pada masa yang sama catatan masa mereka turut diambil bertujuan untuk memilih beberapa orang penunggang yang berkelayakan untuk menyertai perlumbaan khas yang diadakan pada lewat petang.

Tahniah buat KTM CKD Malaysia yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu menjadikan para penunggang motosikal di Malaysia agar lebih berdisiplin sewaktu berada di jalan raya . RR

Isu Pada

September 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.