RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 11 Ogos 2022

Hukuman Lebih Berat Terhadap Pelumba Haram

Georgetown: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) akan meminda semula Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sekali lagi bagi menangani isu lumba haram di negara ini yang masih belum ada titik noktah hingga ke saat ini.

Cadangan yang dikemukakan antaranya ialah dengan menaikkan kadar denda minimum daripada RM300 kepada jumlah di antara RM5,000 hingga RM10,000 selain hukuman penjara terhadap si pesalah. Tindakan tegas juga menanti ibu bapa kepada pesalah yang berusia di bawah umur 18 tahun, para penonton lumba tersebut dan mekanik yang bertanggungjawab mengubahsuai sesebuah motosikal untuk tujuan lumba haram. Turut dicadangkan ialah kuasa menyita serta menarik lesen bengkel yang mengubahsuai motosikal diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Isham Ishak menyatakan bahawa pindaan ini merupakan susulan daripada kemalangan maut yang membabitkan motosikal yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu bulan lalu dan selepas perbincangan di antara pihak kementerian dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan membanteras kegiatan tidak bermoral ini.

"Hasil perbincangan membawa kepada langkah penyelesaian jangka pendek serta jangka panjang iaitu pemindaan akta berkenaan dan sepatutnya dibentang di Parlimen pada Oktober, namun tidak sempat kerana laporan penuh kemalangan baru sahaja diterima. Ia akan dibuat secara menyeluruh, bukan sahaja membabitkan pelumba haram dan mat rempit tetapi kepada semua yang berkenaan.”

“Sebelum ini kita sudah buat pindaan akta bagi menangani isu pemandu mabuk serta dilihat berjaya mengurangkan kes itu dan pindaan APJ 1987 juga akan capai matlamat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain turut menegaskan bahawa pihaknya (PDRM) akan bekerjasama dengan JPJ dan orang ramai untuk berkongsi data dan maklumat bagi menyelesaikan masalah ini.

Menurut data yang dari Polis Trafik, sebanyak 329,296 kes kemalangan melibatkan motosikal telah berlaku dari tahun 2019 hingga 2021. Dalam masa tiga tahun itu, mangsa kemalangan motosikal yang maut adalah seramai 10,188 orang: 3,959 mangsa pada tahun 2019, 3,118 pada tahun 2020 dan 3,111 pada tahun lepas.

Turut hadir ialah Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim dan Pengarah JPJ Negeri, En. Adenan Mat Isa. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.