RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Oktober 2015

ASoC Jadi Marshal Perlumbaan Basikal Kuantan160

Auto Speed Owners Club atau ASoc merupakan sebuah kelab motosikal yang sudah tidak asing lagi di bandar Kuantan, Pahang. Keistimewaan kelab ini yang mempunyai lebih daripada 200 orang ahli ialah hampir kesemuanya menggunakan jentera SYM seperti VTS200, VTS250, Symphony 250 dan Maxsym 400. Populariti ASoC juga disebabkan ahli-ahli kelab ini terdiri daripada para penunggang yang berdisiplin, cekap dan berpengalaman.

Buat kali ketiga sejak tahun 2013, ASoC telah diberi mandat memimpin dan membantu pihak polis trafik untuk mengawal keselamatan dan kelancaran perlumbaan berbasikal, KUANTAN160. Perlumbaan ini merupakan acara tahunan yang diasaskan oleh para pencinta dunia berbasikal disamping menerima sokongan daripada Kementerian Pelancongan Pahang untuk dijadkan program tahunan bandar Kuantan.

Edisi ketiga ini telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dengan jumlah penyertaan sekitar 1,900 orang peserta termasuk 400 pelumba dari luar negara yang telah menunjukkan kesungguhan mereka bersaing di jalanan yang sejauh 160 kilometer. Menurut presiden ASoC, En. Samsuddin Tamsir, “Adalah menjadi kebanggaan apabila mereka dipilih sekali lagi untuk bertugas di suatu acara yang penting dan besar seperti ini dan terima kasih diucapkan kepada para marshal ASoC yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha menjayakan perlumbaan berbasikal KUANTAN160.” RR

Isu Pada

Oktober 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.