RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Ogos 2022

Yamaha XMAX 250 Tampil Dengan Dua Warna Serba Baru

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan dua warna baru untuk segmen skuter 250cc mereka iaitu Yamaha XMAX 250. Dua warna baru itu ialah Red dan Matte Green yang ditawarkan pada harga bilik pameran disyorkan RM22,298 (tanpa pendaftaran & insurans) dan berada di semua pengedar sah Yamaha bermula 23hb Ogos 2022.

Yamaha XMAX didatangkan dengan enjin silinder tunggal, SOHC, 4-lejang dengan sistem penyejuk cecair. Model yang menggunakan transmisi jenis V-Belt Automatik ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 16.8kW pada 7,000rpm dan tork 24.3Nm pada 5,500rpm.

Antara ciri-ciri lain yang terdapat pada skuter ini adalah lampu-lampu LED, fork hadapan jenis teleskopik, ruang bawah pelana yang luas, tangki bahan api 13 liter, tinggi pelana 795mm dan brek-brek jenis cakera.

Selain itu, pemilik Yamaha XMAX baru ini juga akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100. RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.