RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 September 2022

YAMAHA Y16ZR Race MasterClass Pusingan 2 di Kejohanan MSBK 2022

Baru-baru ini kami (RR) telah dijemput oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) untuk menyaksikan  perlumbaan Yamaha Y16ZR Race MasterClass pusingan 2 di Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) bersama-sama para pengedar Yamaha di Litar Antarabangsa Sepang.

Sebelum perlumbaan 1 kategori Yamaha Y16ZR Race MasterClass bermula, para peserta turun ke PitLane untuk sesi lawatan paddock serta melihat dan bergambar dengan lebih dekat bersama para pelumba dan jentera perlumbaan yang digunakan dalam kelas itu.

Tahniah buat pelumba dari pasukan GT-MAX, Arash Tsunami Kamarudin bejaya mencatatkan kemenangan dalam perlumbaan 1 dengan cukup bergaya sekali. Beliau yang bermula di petak kedua telah ketinggalan di kedudukan kesepuluh apabila diberi tentangan sengit oleh para pelumba yang lain. 

Walaubagaimanapun Arash telah mengatur strategi dengan baik untuk memintas pelumba-pelumba di hadapannya. Pada pusingan ketiga beliau telah berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat kelima dan perlu berhadapan dengan para pelumba yang mantap. 

Namun pada pusingan terakhir, Aresh berjaya berada di kelompok teratas dan melepasi garisan penamat selaku juara perlumbaan 1 dengan catatan masa 17'37:309s. Tempat kedua dimenangi oleh Muhd Zaki Muhd Zamri dari pasukan Hock Liong Motor Racing manakala tangga ketiga menjadi milik M. Fareez A. Rahman dari SBF Bikers.

Selepas sahaja kejohanan MSBK pada hari kedua menutup tirai, acara yang ditunggu-tunggu pun bermula iaitu sesi tunggang uji jentera-jentera perlumbaan HLYM buat para media dan juga para pengedar Yamaha. Terdapat lebih kurang 14 jentera perlumbaan iaitu Yamaha YZF-R1M, YZF-R6, YZF-R15, YZF-R15M, Y16ZR, Y15ZR, NVX 155 dan Lagenda 115Z Fi. Sesi tunggang uji ini diadakan selama satu jam untuk para peserta merasa sendiri pengalaman menunggang jentera-jentera perlumbaan di litar Antarabangsa Sepang. 

Selain itu, sesi pandu uji khas juga turut diadakan dimana para media berpeluang memandu kereta BMW. Pada jam 6:40pm, kami bersama-sama para media yang lain dan juga pengedar-pengedar Yamaha menaiki bas yang disediakan untuk bersiar-siar di dalam kawasan litar Antarabangsa Sepang yang sepanjang 5.543 km. Manakala aktiviti di sebelah malam para peserta disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang bertemakan masakan ala-ala Jepun. RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.