RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 September 2022

WMOTO SX2-300 & Moto Morini X-Cape 650X Buat Kejutan di Rimba Raid Taman Negara 2022

Rimba Raid 2022 kini kembali lagi setelah dua tahun menyepi akibat penularan Covid-19 di nagara ini pada awal tahun 2020. Oleh itu, MForce Bike Holdings Sdn Bhd tidak ketinggalan untuk menyertai  Rimba Raid Taman Negara 2022 yang diadakan di Taman Negara, Pahang. Pihak MForce telah mempertandingkan dua jentera iaitu WMOTO SX2-300 dan MOTO MORINI X-Cape 650X. Ia merupakan kemunculan pertama buat jentera ini di acara perlumbaan motosikal yang disertai seramai 241 pelumba daripada 15 buah negara yang menyahut cabaran melalui laluan-laluan lasak.

Dalam perlumbaan lasak ini menyaksikan kejayaan kedua-dua jentera di bawah wakil pengedar ini di mana WMOTO SX2-300 telah menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh  dan merupakan pelumba Malaysia yang ketiga menamatkan perlumbaan dalam kategori DP Rally. Ini membuktikan bahawa WMOTO SX2-300 mampu bersaing dan meninggalkan lebih kurang 60 pesaing di belakang.

Selain itu, Moto Morini pula menamatkan perlumbaan di tangga ke-15 dalam kelas B dan merupakan pelumba Malaysia kedua berjaya mengharungi pelbagai cabaran di laluan-laluan yang sukar walaupun jentera ini mempunyai rekabentuk bertemakan Adnventouring dan Lifestyle.

Kemenangan ke atas jentera-jentera ini memberi kejuatan buat para penonton dan pesaing-pesaing kerana model-model ini baru sahaja diperkenalkan di Malaysia pada pertengahan tahun 2022. Kedua-dua model ini juga tidak menggunakan aksesori tambahan atau pengubahsuain kecuali menukar tayar dan sistem ekzos yang lebih bersesuain dalam kegunaan off-road.

Para pelumba sememangnya memerlukan skill, ketahanan mental dan stamina serta jentera yang bagus untuk melengkapkan perlumbaan sejauh 155 kilometer ini. Malah, keadaan laluan pada kali ini juga cukup mencabar jika dibandingkan sengan laluan yang digunakan dalam siri Rimba Raid lalu. Namun, pelumba-pelumba yang mewakili WMOTO SX2-300 dan MOTO MORINI X-Cape 650X berjaya membuktikan ketahanan serta keupayaan jentera bahawa ia sesuai untuk kegunaan lasak.

Dengan keputusan yang diumumkan oleh pihak pengajur Rimba Raid, MForce akan terus memperhalusi dan menambah baik lagi strategi yang digunakan pada masa akan datang. RR

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.