RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2015

SYM SmartShop Di Yong Peng, Johor

Demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada para penunggang motosikal khususnya pemilik-pemilik SYM, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah merasmikan SYM Smart Shop terbaru mereka yang terletak di Yong Peng, Johor pada 20 September lalu. Hup Seng Motor Trading Company telah menerima pengiktirafan ini atas pengalaman mereka hampir 30 tahun di lapangan perniagaan motosikal.

Dari kiri: En. Lucas Lau, En. Tang Hai Teik, En. Lau  Keng Seng, Dato’ Sri Leo Tan Lean Heah, Mdm Janet  Teo dan En. Fabian Ong merasmikan ruang pameran  SYM Smart Shop yang terbaru di Yong Peng
Dari kiri: En. Lucas Lau, En. Tang Hai Teik, En. Lau Keng Seng, Dato’ Sri Leo Tan Lean Heah, Mdm Janet Teo dan En. Fabian Ong merasmikan ruang pameran SYM Smart Shop yang terbaru di Yong Peng

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Mforce Bike Holdings Sdn Bhd, Dato Sri Tan Lian Heah dan diserikan lagi dengan kehadiran En. Fabian Ong (COO Mforce Bike Holdings Sdn Bhd) dan En. Lau Keng Seng (CEO Hup Seng Trading). Ini merupakan SYM Smart Shop keempat selepas Sungai Petani, Tawau dan Kuala Kedah yang bertujuan untuk memberi layanan terbaik buat para pemilik SYM.

Di ruang pameran SYM Smart Shop bangunan dua tingkat lot tepi ini, para pelanggan akan dapat melihat dengan lebih dekat jentera-jentera dan aksesori SYM yang sedang dipasarkan. Pelanggan juga akan menikmati bilik menunggu yang selesa lengkap dengan ruang minuman, bengkel servis disamping perkongsian maklumat daripada para mekanik bertugas.

Dengan adanya SYM Smart Shop di kawasan-kawasan strategik, para pemilik SYM tidak lagi perlu bimbang untuk mendapatkan alat ganti yang tulen dan terjamin. SYM akan terus mengembangkan sayap mereka dengan adanya Smart Shop terbaru yang sedang didirikan di Kluang dan dijangka akan beroperasi pada tahun hadapan. RR

Isu Pada

November 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.