RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 November 2015

KTM Ambil Bahagian Dalam Akademi Latihan Aksi Lasak

Movie Animation Park Studios (MAPS) yang terletak di Ipoh Perak akan dibuka pada tahun hadapan. Ia adalah taman tema DreamWorks Adventure Zone yang menempatkan The Smurfs ‘Live’, Megamind Megadrop, The Croods, Casper The Friendly Ghost dan animasi tempatan, BoBoiBoy juga memeriahkan taman tema ini. Selain itu juga, ia turut menempatkan pertunjukan aksi lasak (Stunt Legend) dan pelbagai kemudahan kepada sesiapa sahaja termasuk yang berkeluarga untuk berhibur di hujung minggu.

KTM Malaysia CKD, pengeluar motosikal yang inovatif dengan rekaan jenteranya yang terkini telah menaja motosikal mereka untuk digunakan dalam Akademi Latihan Lagak Ngeri sebagai mesin latihan bersama pengeluar kereta tempatan, Proton. Akademi ini ditubuhkan bertujuan untuk memberikan peluang kerjaya kepada para pelatih di MAPS apabila ia dibuka nanti.

"Kami mengalu-alukan kerjasama hebat bersama pihak MAPS dengan menggabungkan semangat yang tinggi dalam melahirkan bakat tempatan dan berharap untuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam industri lagak ngeri ini, "kata En. Yeoh Teik Poh, Pengurus Kewangan KTM Malaysia CKD.

Demo aksi lasak dan majlis pelancaran telah diadakan di Proton City, Tanjung Malim. Akademi ini akan menawarkan tiga modul utama iaitu kawalan badan, ketepatan pemanduan dan tunggangan aksi. Kesemua modul itu dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman dalam melakukan aksi ngeri di dalam filem-filem antarabangsa iaitu En. Cameron Ambridge. Antara filem yang pernah beliau terlibat adalah Mad Max dan Pirate Of the Carribean. Buat masa kini seramai 20 orang yang terpilih akan menyertai sesi latihan yang diadakan di Tanjung Malim.

Satu-satunya pelatih wanita iaitu Cik Ilia Iryani, berusia 29 tahun dari Seri Kembangan, Selangor menunjukkan aksi yang memukau di hadapan para tetamu jemputan dengan menunggang KTM 200 Duke dan persembahan aksi kereta di mana para hadirin dapat merasai pengalaman berada di dalam kenderaan yang sedang bergerak laju. RR

Isu Pada

November 2015

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.