RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 25 Oktober 2022

Konvoi GIVI M35.0 SCUDO Memeriahkan Lagi Pesta MotoGP 2022

Perlumbaan MotoGP Malaysia 2022 sememangnya acara tahunan yang amat ditunggu-tunggu buat para peminat. GIVI Asia Sdn Bhd memeriahkan lagi suasana dengan menganjurkan konvoi motosikal "GIVI M35.0 SCUDO MOTOGP CONVOY 2022" ke Litar Antarabangsa Sepang pada 23 Oktober 2022 lalu.

Acara pelepasan konvoi bermula di Elite Speedway PLUS Karting Circuit, Subang Jaya. Seawal jam 7.00 pagi lagi kaunter pendaftaran telah dibuka oleh kakitangan GIVI.

Lebih kurang 88 buah motosikal pelbagai jenama terlibat dalam konvoi ini yang turut disertai oleh bekas pelumba motosikal profesional dan pengasas pasukan LCR Team, Mr. Lucio Cecchinello. Turut serta dalam konvoi, En. Samir Sharman selaku Pengurus Pemasaran GIVI Asia Sdn Bhd dan sebuah bas yang membaba para VVIP GIVI serta kakitangan GIVI dari Vietnam.

Para peserta yang hadir sangat teruja kerana dengan pakej  bayaran RM200 buat pemilik GIVI M35.0 SCUDO, peserta turut menerima barangan eksklusif GIVI yang bernilai sehingga RM700. Barangan tersebut adalah GIVI RWB02 Rider Tech Waist Bag 4 liter, GIVI RRS07.AX Rider Tech Rainsuit, GIVI NEC01.XL LCR Neck Warmer, tiket K1 MotoGP dan jersey edisi terhad M35.0 SCUDO. Pihat GIVI juga turut menyediakan sarapan pada pagi itu.

Sebelum konvoi bergerak, wakil dari pihak Polis Trafik menyampaikan taklimat dan nasihat ketika berkonvoi. ini amat penting untuk memastikan keselamatan setiap peserta dan menjaga nama baik GIVI sebagai penganjur.

Acara pelepasan konvoi bermula pada jam 8.30 pagi menyusuri lebuhraya Elite ke litar Antarabangsa Sepang yang megambil masa 40 minit. Perjalanan konvoi sangat teratur dengan diiringi oleh Polis Trafik serta bantuan marshal yang bertugas. Cuaca pada waktu itu juga amat baik walaupun pada awal pagi hujan renyai-renyai.

Sampai sahaja ke destinasi yang dituju, kesemua peserta ke Booth GIVI untuk mengambil tiket K! MotoGP. Para peserta juga berpeluang unutk melihat dan membeli produk barangan GIVI yang Terkini. RR

Isu Pada

Disember 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.