RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Disember 2022

Lawatan Rasmi oleh Penunggang CubPrix ke Kilang Rantai RK Takasago Chain Malaysia

Syarikat RK Takasago Chain mengambil bahagian di dalam sukan permotoran di dalam hampir semua kelas perlumbaan secara intensif. Penglibatan ini ialah bagi menghasilkan produk yang lebih baik bukan sekadar bagi para pelumba tetapi juga untuk pelanggan. Oleh yang demikian, banyak produk RK Takasago Chains yang digunakan di dalam perlumbaan juga boleh dibeli di pasaran bebas.

Seperti yang kami wartakan sebelum ini, RK Takasago Chain juga memainkan peranan yang besar di dalam sukan permotoran tanahair, termasuk di dalam Kejuaraan PETRONAS Malaysian CubPrix dan Kejuaraan Malaysian Superbike. Hampir kesemua pasukan menggunakan produk RK, samada ditaja mahupun membeli sendiri.

Oleh yang demikian, Two Wheels Racing, sebagai penganjur CubPrix, membawa beberapa orang penunggang CubPrix ke kilang RK Takasago Chain di Perai, Pulau Pinang untuk membuat lawatan sambil belajar rasmi pada 1 Disember 2022.

Acara dimulakan dengan satu persembahan ringkas bagaimana rantai RK dipasang dengan menggunakan sebuah model rantai. Penunggang-penunggang itu kemudiannya dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ketua kumpulan masing-masing dikehendakki memasang semula model itu dengan secepat mungkin.

Selepas itu, penunggang-penunggang itu dibawa ke kilang sproket RK. Rombongan diiringi oleh jurutera-jurutera kilang yang turut menerangkan setiap proses pembuatan sproket depan dan belakang, bermula daripada plat keluli yang besar sehinggalah sproket itu siap dan dipakej untuk jualan.

Setelah itu, rombongan melintasi jalan di hadapan kilang sproket ini untuk ke kilang rantai pula. Mereka dapat melihat dengan sendiri bagaimana rantai yang mereka telah gunakan ketika berlumba dihasilkan daripada kepingan-kepingan logam serta getah yang akhirnya menjadi bahagian-bahagian seperti plet tepi, pin, penggelek, bushing.

Antara proses terakhir yang paling penting ialah di mana rantai-rantai digris di dalam alat-alat seperti pemasak bertekanan tinggi (pressure cooker).

Akhir sekali, Pengarah Pengurusan RK Takasago Chain, Dato’ Lee Thian Chai mengagihkan beg barangan kepada penunggang-penunggang yang hadir sebelum acara bersurai.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.