RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Disember 2022

'Flagship Store' Italjet Dragster Pertama Di Malaysia

Sekalung tahniah buat Chear Global Sdn Bhd yang selaku pengedar rasmi jenama Italjet di Malaysia di atas pembukaan rasmi 'flagship store' pertama mereka yang beroperasi di RE Motorcycle, Taman Perindustrian Tiong, Shah Alam. Perasmian 'flag ship store' ini disempurnakan oleh para VVIP iaitu Datuk Nik Izani Nik Ibrahim, Dato' Chear Kin Keong dan Dato' M. Syahrul.

Dari kiri: Dato Syahrul, Datuk Nik Izani & Dato' Chear merasmikan Italjet Dragster Flagship Store.
Dari kiri: Dato Syahrul, Datuk Nik Izani & Dato' Chear merasmikan Italjet Dragster Flagship Store.

Hadir memeriahkan majlis pada hari tersebut ialah rakan-rakan niaga dan para pelanggan setia Chear Motor yang hadir secara solo serta berkumpulan. Pihak Italjet turut menyediakan beberapa unit model terbaru Dragster 125 dan 200 untuk diuji oleh para tetamu yang hadr.

Italjet Dragster 200 First Edition
Italjet Dragster 200 First Edition

Bilik pameran Italjet Dragster serba baru ini direka dengan cukup moden, kemas dan selesa. Antara tarikan utama ruang pameran ini ialah unit Italjet Dragster 'First Edition', kerangka model Dragster, unit-unit Dragster 125 dan 200 pelbagai warna serta ruang menunggu yang cukup selesa.

Turut ditawarkan di sini ialah perkhidmatan servis, tuntutan waranti, aksesori, pakaian menunggang, baju-t dan topi keledar. Memang mantap!

Kedua-dua model baru Italjet Dragster 125 & 200 merupakan antara model skuter paling unik di pasaran. Ia terkenal kerana rekabentuknya terdedah – 'naked' seperti rekaan bahagian casis, dan sistem saspensi.

Model baru ini dilengkapkan dengan lampu-lampu jenis LED, tangki bahan api bersaiz 9 liter, kerangka aloi jenis trellis, sistem ABS dua saluran, angkup brek jenis Brembo, panel meter digital dan yang paling unik tentulah pada sistem saspensi hadapannya jenis ISS iaitu Independent Steering System serta sistem suntikan bahan api Magneti Marelli.

RR telah pun menunggang uji model ini, boleh didapati dalam majalah RodaRoda keluaran Disember 2022 (isu: 432). RR

Isu Pada

Februari 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.